ALOR SETAR: Tiada peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini akan membawa perubahan kepada pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata beliau hairan bagaimana perkara itu boleh dibangkitkan dan menggesa pihak berkenaan mengemukakan peruntukan atau undang-undang yang dirujuk oleh mereka.
"Saya dah dengar banyaklah orang cakap, saya rasa pelik macam mana keputusan (PRN) boleh mengubah kerajaan pusat.
"Saya dah buka Perlembagaan banyak kali, saya baca tiada pula (peruntukan).. .mungkin undang-undang lain yang dia baca," katanya pada sidang media selepas melawat Jabatan Insolvensi Malaysia Kedah hari ini.
Semalam, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN di enam negeri kali ini akan membolehkan berlaku perubahan dalam Kerajaan Persekutuan.
Azalina juga berkata Akta Anti Lompat Parti juga telah diwartakan menerusi pindaan Perlembagaan sekali gus menghalang Ahli Parlimen menukar parti atau membawa kerusi yang dimenangi pada pilihan raya di bawah parti lain masuk ke parti lain.
"Kalau dia keluar lompat parti... kena ada pilihan raya (kecil), pilihan raya kecil itu ditetapkan dalam Perlembagaan, pilihan raya kecil ini bukan perkara yang murah dan mudah.
"Saya nak sebut rakyat mesti penat, PRN enam negeri ini pun rakyat dah penat, inikan pula tambah pilihan raya kecil untuk kawasan Parlimen, kita baru habis PRU (Pilihan Raya Umum) lepas pada 2022, berapa banyak pilihan raya kita nak buat?" katanya.
Beliau berkata sekiranya pemimpin politik terus berfikiran seperti itu, ia akan menimbulkan rasa marah rakyat yang mahukan kestabilan politik supaya kerajaan dapat bekerja dan sekiranya kerajaan pusat sedia ada dapat dikekalkan untuk tempoh lima tahun akan datang, ia akan melancarkan urusan kerajaan yang telah dilaksana termasuk berkaitan dasar dan kewangan.
"Itu sebab bagi saya sendiri pun sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam undang-undang, saya lihat kestabilan negara kita ini sebagai satu kerajaan kekal dalam lima tahun ini, senang saya nak selesaikan kes, kes Sulu sebagai contoh. Saya nak pergi mahkamah senang, saya nak buat penyelesaian senang.
"Kalau tukar-tukar kerajaan, tukar-tukar perdana menteri (PM), saya takut kesannya mendalam daripada hanya menukar PM, kena tukar Kabinet, tukar dasar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ketika sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Kedah hari ini. - Foto BERNAMA
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Tujuh tahun ulang-alik JPN, wanita lega anak angkat dapat dokumen pengenalan diri
Selepas tujuh tahun berusaha mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk anak angkat perempuannya, seorang wanita menarik nafas lega apabila berjaya memperoleh kad pengenalan hari ini.
Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat kepada Perjanjian Malaysia 1963.
Kerajaan tunggu surat rasmi Pembangkang tolak draf MoU Peruntukan - Fadillah
Fadillah berkata setakat ini beliau hanya mengetahui berkenaan penolakan tersebut menerusi laporan media.
Pembangkang tolak MoU Peruntukan Pembangkang dikemukakan Kerajaan
Penolakan itu dibuat atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Pindaan Perlembagaan Persekutuan harus dibuat berdasarkan perkembangan semasa - Pakar
Menurut pakar, ia bagi memastikan dokumen berkenaan berupaya mendepani cabaran yang dialami rakyat pada masa kini.
Tuduhan berkongsi ideologi dengan Chin Peng adalah fitnah - Lim Kit Siang
Ahli politik veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tuduhan dia dan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng berkongsi ideologi yang sama, adalah fitnah.
PM Anwar terima kunjungan hormat Pengerusi SPA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.
Wujudkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah untuk perkasa Mahkamah Syariah
Cadangan mewujudkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah bertujuan Mahkamah Syariah dan memastikan pelantikan hakim dijalankan secara telus serta bebas daripada kuasa Eksekutif.
#AgongKita: PM Anwar ikrar taat setia kepada Institusi Diraja
Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim akan berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-raja Melayu di Istana Negara hari ini.
KDN terima respons positif selepas bentang RUU Kewarganegaraan kepada Majlis Raja-Raja
Kementerian Dalam Negeri menerima maklum balas positif selepas membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan kepada Majlis Raja-Raja hari ini.