KUALA LUMPUR:Tiada sebarang permohonan kenaikan yuran daripada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) diluluskan bagi tempoh 1 Jun lalu hingga kini, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata ini bagi memastikan kebajikan pelajar serta akses kepada pendidikan tinggi terjamin selain mengekalkan daya saing IPTS.
"IPTS dikawal selia di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan diuruskan oleh syarikat yang diperbadankan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ia mempunyai Lembaga Pengarah Syarikat sendiri.
"Selaras itu, penetapan kadar yuran IPTS adalah di bawah tanggungjawab Lembaga Pengarah Syarikat berpandukan kepada kadar yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi," katanya dilaporkan Bernama.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri S. Vell Paari di sini.
Vell Paari bertanyakan tentang bilangan universiti awam dan swasta yang telah mengurangkan atau membatalkan sebahagian yuran pengajian berikutan penularan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) .
Noraini berkata semua universiti awam turut memberi pengurangan yuran pengajian sekurang-kurangnya 15 peratus bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dan semester pertama sesi akademik 2020/2021.
"Pengurangan tersebut dilakukan setelah mengambil kira keupayaan kewangan kerajaan dan universiti awam.
"Seramai 523,318 pelajar universiti awam di seluruh negara mendapat manfaat daripada keputusan ini, manakala langkah sama juga diteruskan bagi semua universiti awam untuk pengajian semester pertama sesi 2020/2021," katanya.
Bernama
Mon Dec 21 2020

Noraini berkata ini bagi memastikan kebajikan pelajar serta akses kepada pendidikan tinggi terjamin selain mengekalkan daya saing IPTS. -Gambar fail

17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
Ia merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah melibatkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Apple labur US$500 bilion di AS dalam tempoh empat tahun di sebalik ancaman tarif Trump
Rancangan ini merangkumi pembinaan kilang di Texas, menggandakan Dana Pembuatan Termaju AS, penubuhan akademi pembuatan, mempercepatkan pelaburan AI dan kejuruteraan silikon.

1MDB tarik balik saman terhadap Riza Shahriz dan dua pihak lain
Peguam yang mewakili 1MDB dan tiga anak syarikatnya memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi, beliau telah menerima arahan untuk menarik balik kes tersebut terhadap semua defendan.

Azerbaijan labur AS$2 bilion di Pakistan - Shehbaz
Presiden Azerbaijan dan PM Pakistan memuktamadkan portfolio pelaburan Azerbaijan bernilai AS$2 bilion dalam projek yang memberi manfaat bersama di Pakistan.

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.

Tiada kenaikan yuran tabika, taska Kemas tahun depan
Ibu bapa diharapkan kekal tenang dan terus menjadikan premis Kemas sebagai pilihan utama dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Australia naikkan yuran visa pelajar antarabangsa lebih dua kali ganda
Kenaikan yuran ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengawal jumlah migrasi ke Australia.

Elon Musk cadang yuran AS$8 sebulan untuk akaun Twitter 'blue tick'
Musk berkata berkata yuran langganan itu "diselaraskan mengikut negara yang berkadar dengan kuasa beli."

KPT pertimbang lanjut moratorium kenaikan yuran IPTS
KPT telah memohon kepada IPTS untuk memberikan diskaun kepada pelajar atas dasar keprihatinan dan cakna kebajikan mereka.

USIM kurangkan yuran pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengurangkan RM4 juta yuran pengajian susulan majoriti pelajarnya menjalani pembelajaran dalam talian sepanjang tempoh pandemik COVID-19 pada tahun ini.

Jawatankuasa Pendidikan PH gesa KPT turunkan yuran pelajar IPTA/IPTS
Kesemua cadangan ini adalah hasil siri pertemuan antara wakil pelajar dan pihak pentadbir universiti mereka.

ProtectHealth nafi tetap caj RM50 untuk vaksinasi
Semua kementerian terlibat akan bertanggungjawab memastikan caj dikenakan adalah pada kadar minimum dan bukan bermaksud mengaut keuntungan.

Kes dera kanak-kanak di pusat tahfiz, suami isteri akan didakwa
Polis telah selesai menjalankan siasatan dan kes telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.

UKM pulangkan RM350 daripada yuran pendaftaran pelajar baharu
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan memulangkan semula RM350 daripada yuran pendaftaran 3,854 pelajar tahun satu yang mendaftar bagi semester satu sesi akademik 2020/2021.

Tiada permohonan kenaikan yuran IPTS diluluskan sejak Jun - Menteri
Ini bagi memastikan kebajikan pelajar serta akses kepada pendidikan tinggi terjamin selain mengekalkan daya saing IPTS.