BANGI:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan memulangkan semula RM350 daripada yuran pendaftaran 3,854 pelajar tahun satu yang mendaftar bagi semester satu sesi akademik 2020/2021 pada Oktober tahun lepas.
Naib Canselor UKM Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata bagaimanapun, pemulangan itu tidak dilakukan secara pemberian tunai sebaliknya akan ditolak daripada yuran semester akan datang yang bermula Mac ini.
"Namun begitu, pengecualian boleh diberikan kepada pelajar yang memerlukan pemulangan tunai, tertakluk kepada pelajar mengemas kini maklumat akaun bank," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ini bermakna yuran pendaftaran pelajar dikurangkan daripada RM1,200 kepada RM850 dengan nilai keseluruhan pemulangan berjumlah RM1.34 juta.
"Pengurangan yuran pendaftaran pelajar baharu semester satu sesi akademik 2020/2021 dibuat memandangkan pandemik COVID-19 yang melanda negara menyebabkan para pelajar tidak dapatmengikuti aktiviti minggu mesra mahasiswa baharu secara bersemuka," katanya.
Mohd Ekhwan berharap langkah itu akan dapat meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar yang terkesan akibat penularan wabak itu serta melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Katanya pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengurangan yuran itu boleh berhubung dengan Bahagian Kewangan Pelajar melalui e-mel ke ukpbendahari@ukm.edu.my.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 01 2021

Pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengurangan yuran itu boleh berhubung dengan Bahagian Kewangan Pelajar melalui e-mel ke ukpbendahari@ukm.edu.my.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM
Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.

Jawatankuasa ditubuhkan kaji Pindaan Akta Kontrak 1950
Satu Jawatankuasa Kajian Pindaan Akta Kontrak 1950 (Akta 136) ditubuhkan bagi melaksanakan kajian komprehensif terhadap akta berkenaan yang kali terakhir dipinda pada 1976.

Kerajaan tak sokong tindakan kekang kebebasan bersuara ahli akademik - Zambry
Kebebasan bersuara golongan ahli akademik tetap akan dipertahankan selagi ia berasaskan kepada fakta yang tepat, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

UKM terima 6,718 pelajar baharu sesi akademik 2024/2025
Daripada 6,718 pelajar baharu yang mendaftar, 1,803 adalah daripada keluarga B40, iaitu lebih 40 peratus daripada jumlah ambilan keseluruhan.

Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.

Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa
Kamus Braille dwibahasa yang pertama di negara itu, bakal memberi manfaat kepada golongan OKU penglihatan dan guru-guru yang mengajarnya.

KPT umum pelantikan semula Naib Canselor USM, UKM dan UTM
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikan semula tiga Naib Canselor universiti awam iaitu USM, UKM dan UTM.

Kementerian Koperasi dan UKM Indonesia sambut baik usaha USANITA
Pertemuan hampir sejam itu tertumpu kepada perbincangan untuk kolobrasi bersama dalam bidang keusahawanan termasuklah program 'Bridge to Brilliance' yang dianjurkan oleh pihaknya.

UKM meterai MoU dengan tiga universiti Iran
Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) itu bagi mengukuhkan rangkaian kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi.

UKM melonjak naik dalam ranking universiti dunia melalui inisiatif antarabangsa
Mohd Ekhwan berkata, pencapaian itu membuktikan komitmen yang tidak berbelah bahagi UKM dalam memupuk perspektif global.