MAKKAH: Tiada sebarang penerbangan membawa jemaah haji Malaysia akan mendarat di Madinah selepas Rabu ini, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Katanya, jadual penerbangan terakhir ke Madinah ialah pada Rabu ini melibatkan rombongan KT22 manakala rombongan seterusnya (KT23) akan mula mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah bermula 20 Jun ini.
"Setakat ini seramai 4,670 jemaah haji Malaysia telah tiba di Tanah Suci menerusi 17 penerbangan. Seramai 2,986 jemaah pula kini masih berada di Madinah manakala 1,684 telah berada di Mekah..
"Jemaah yang telah memakai ihram dari tanah air lagi akan dibawa ke Mekah untuk melakukan umrah pertama, " katanya kepada pemberita di bangunan yang menempatkan ibu pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) dan penginapan jemaah, Abraj Al Janadriyah, di sini.
Dalam perkembangan lain, Syed Saleh berkata TH telah melakukan persediaan sebaiknya dalam berdepan dengan pelbagai kemungkinan akibat penularan COVID-19 dalam kalangan petugas dan jemaah.
Katanya, meskipun bakal berdepan dengan situasi luar jangka, TH telah mengambil langkah pencegahan awal dengan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa termasuk segera melakukan saringan ke atas mereka yang menunjukkan simptom wabak itu.
"Memandangkan suasana COVID-19 masih lagi berleluasa, maka kita buat persiapan untuk sebarang kemungkinan jika berlaku jangkitan dalam kalangan jemaah dan petugas. Kita sediakan pusat rawatan dan rehat atau wad isolasi untuk mereka yang dijangkiti.
"Kemudahan itu disediakan di setiap bangunan penginapan dan daripada tiga buah bangunan penginapan jemaah, sebanyak 200 katil telah dipersiapkan," katanya.
Tambah beliau, pusat kesihatan TH bukan sahaja disediakan di Makkah tetapi juga di Madinah malah setiap maktab (penginapan) telah disediakan pasukan petugas yang terdiri daripada jururawat dan doktor.
"Di Makkah kita juga telah mewujudkan klinik di setiap maktab (penginapan) yang mempunyai kira-kira 2,300 hingga 2,400 jemaah haji.
"Klinik kesihatan ini juga antara usaha untuk menjaga kesihatan jemaah haji tetapi jika mereka memerlukan rawatan lanjut, mereka akan dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lebih rapi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022
Setakat ini seramai 4,670 jemaah haji Malaysia telah tiba di Tanah Suci menerusi 17 penerbangan. Seramai 2,986 jemaah pula kini masih berada di Madinah manakala 1,684 telah berada di Makkah. - Gambar fail
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.