KUALA LUMPUR: Bilangan pekerja yang berkhidmat dalam sektor awam berisiko untuk menyusut susulan keputusan Kerajaan Perpaduan memansuhkan sistem berpencen bagi penjawat awam baharu berstatus tetap.
Malah, kesan keputusan kerajaan itu juga boleh menyebabkan rakyat Malaysia lebih memilih untuk bekerja dalam sektor swasta atau luar negara yang jauh lebih baik.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris mempersoalkan hala tuju kerajaan kerana ia melibatkan keputusan yang besar dalam sektor awam.
"Belum sempat isu pengambilan penjawat awam baharu hanya diberikan secara kontak, Kerajaan Perpaduan Madani terus umum tiada lagi berpencen dalam sektor awam.
"Tahniah diucapkan di atas pemikiran hebat di luar kotak barisan Kabinet PMX, tetapi takziah buat barisan penjawat awam yang selama ini menjadi tulang belakang pentadbiran negara.
"Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali) tidak bersalah dalam hal ini kerana beliau terpaksa akur sebagai seorang penjawat awam tertinggi negara walaupun mengetahui tindakan drastik kerajaan telah mengundang ketidakpuasan dalam penjawat awam sekarang," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Pada Rabu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.
Menurut Ahmad Zahid, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu itu kelak akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Beliau berkata, pendirian itu dibuat kerajaan selepas menilai bahawa menjelang 2040, jumlah pencen yang terpaksa ditanggung kerajaan jika sistem saraan sedia ada tidak dipinda, akan mencecah RM120 bilion setahun.
Sementara itu, Razali berkata, Malaysia terhutang budi dengan pengorbanan penjawat awam di dalam negara.
"Contoh, Kementerian Pendidikan mempunyai kira-kira 503,000 kakitangan terutama guru yang sentiasa berkorban demi anak bangsa tetapi bayangkan akan berlaku 'shortage' bagi tempoh 10 tahun mendatang kerana tawaran kontrak dan tidak berpencen.
"Kementerian Kesihatan yang mempunyai kira-kira 250,000 kakitangan awamnya, akan pasti menyusut bilangannya kerana bakal pembantu perubatan, bakal jururawat, bakal ahli farmasi dan x-ray serta bakal doktor lebih bersedia berkhidmat di klinik dan hospital swasta serta di luar negara.
"Periuk nasi penjawat awam telah terusik akibat keputusan Kabinet yang fikirkan keuntungan ke atas permasalahan ekonomi yang kerajaan Perpaduan gagal mengatasi dalam tempoh setahun lalu," ujarnya.
Justeru, Razali berkata, Perikatan Nasional (PN) akan bersama dengan 2.3 juta penjawat awam untuk menjadikan isu itu sebagai agenda nasional yang perlu dipertahankan secara bersama.
Afiezy Azaman
Thu Jan 25 2024

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris mempersoalkan hala tuju Kerajaan Perpaduan kerana ia melibatkan keputusan yang besar dalam sektor awam.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Tiada lagi pencen, kakitangan awam berisiko menyusut - Bersatu
Tiada pencen juga boleh menyebabkan rakyat Malaysia lebih memilih untuk bekerja dalam sektor swasta atau luar negara.