Tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.
Sebaliknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.
“Katakanlah kamu melakukan sesuatu secara peribadi, dalam kawasan persendirian, saya tidak akan masuk campur.
“Contohnya, Islam melarang minum arak tetapi jika kamu melakukannya di dalam kawasan kamu sendiri, maka sebagai kerajaan, saya tidak akan masuk campur.
“Kebimbangan saya adalah apa yang berlaku di khalayak umum yang mencemarkan sensitiviti, sahsiah atau jenayah. Hanya itu yang kerajaan terlibat, bukan kerana kita mahu menjadi ‘polis moral’ tetapi kita mahu menjamin kesejahteraan awam,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama The Star.
Dalam temu bual itu, Mujahid turut dilaporkan mengutuk tindakan memecahkan pintu untuk menahan pesalah khalwat dan berharap ia tidak akan berlaku dalam pembaharuan yang akan dilakukan nanti.
“Isu penguatkuasaan khalwat ini telah disalahgunakan dan dieksplotasi untuk sesetengah kes. Adalah sangat penting mereka (pegawai penguat kuasa) tidak terlibat dalam lingkungan persendirian,” katanya.
Mujahid yang memegang potfolio Hal Ehwal Agama Islam mengakui beliau berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mengubah imej jabatan itu.
Beliau sebelum ini diuji sebaik menjejakkan kaki ke jabatan itu termasuk kes melibatkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), perkahwinan bawah umur, penipuan awam di mahkamah syariah dan gangguan seksual di sekolah tahfiz.
Mujahid juga berkata, beliau juga sedang mencuba untuk mengubah minta penjawat awam yang digambarkan sebagai konservatif agama yang mahu menegakkan kesucian Islam dengan pemahaman mereka sendiri.
Sinar Harian
Sat Oct 06 2018
Mujahid Yusof Rawa menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan. -Gambar fail
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu membabitkan syarikat Gisb Holdings (GISB).
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.
Pengajian Islam masih guna pakai kerangka akademik barat yang lama - Muhammad Yahya
Sistem pendidikan Islam memerlukan pendekatan baharu untuk disesuaikan dengan realiti semasa.
Potensi pelaburan syariah kekal kukuh - Pakar
Potensi pelaburan patut syariah kekal kukuh walaupun terdapat ketidakstabilan pasaran dan kadar faedah yang tidak menentu.
Ibadah haji ajar umat Islam tinggalkan sikap keakuan, megah diri
Hikmah terbesar ibadah haji adalah mengajar umat Islam supaya meninggalkan sikap keakuan serta membuang rasa megah dalam diri.