KUALA LUMPUR: Tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat di Malaysia susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) hari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata pemansuhan itu bertujuan menghormati hak setiap individu untuk hidup di Malaysia serta memastikan keadilan bagi semua pihak.
"Prinsip asas yang ingin diberi penekanan oleh kerajaan di sebalik setiap hukuman di Malaysia adalah pemulihan banduan agar mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan menjadi individu yang berkhidmat kepada keluarga, masyarakat dan negara setelah selesai menjalani hukuman.
"Mengikut subseksyen 1(2) Akta 846, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said telah menetapkan 4 Julai 2023 sebagai tarikh akta ini mula berkuat kuasa. Oleh yang demikian, tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat mulai tarikh ini," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Menyentuh mengenai Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847), beliau berkata ia telah menerima perkenan Diraja pada 9 Jun lepas namun belum berkuat kuasa.
Menurut Ramkarpal, permohonan semakan hukuman mati atau pemenjaraan sepanjang hayat di bawah Akta 847 hanya boleh difailkan selepas terdapat penetapan tarikh kuat kuasa oleh Azalina melalui pemberitahuan dalam Warta Kerajaan Persekutuan.
"Kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri sejak Mei 2023 telah mengadakan beberapa mesyuarat melibatkan Jabatan Peguam Negara, Jabatan Penjara, Kementerian Kesihatan, Majlis Peguam Malaysia, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan serta Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
"Mesyuarat itu adalah bagi membincangkan mekanisme dan garis panduan pelaksanaan semakan hukuman mati serta pemenjaraan sepanjang hayat. Butiran berhubung mekanisme dan garis panduan tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat," katanya.
Beliau juga berkata reformasi udang-undang itu adalah langkah awal dalam mentransformasikan sistem keadilan jenayah di Malaysia.
Katanya lebih banyak semakan dan reformasi sistem perundangan jenayah akan dilaksana selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam mewujudkan sistem perundangan yang lebih progresif serta relevan bagi membangunkan Malaysia MADANI.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2023
Ramkarpal Singh berkata pemansuhan itu bertujuan menghormati hak setiap individu untuk hidup di Malaysia serta memastikan keadilan bagi semua pihak. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Lelaki terlepas hukuman mati, diganti penjara 20 tahun sebabkan kematian isteri
Mahkamah mengambil kira segala fakta termasuk hubungan perayu dengan mangsa sebagai suami isteri.
924 permohonan semakan hukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dikemuka
Jumlah itu libatkan 807 semakan hukuman bagi banduan yang dikenakan hukuman mati mandatori dan 117 semakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat.
Tiada lagi hukuman mati mandatori di Malaysia mulai hari ini - Ramkarpal
Tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat di Malaysia susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) hari ini.
SUHAKAM sambut baik keputusan pemansuhan hukuman mati mandatori
Keputusan berkenaan sejajar usaha advokasi Suruhanjaya dan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan untuk melindungi kebebasan asasi semua rakyat.
Dewan Rakyat lulus RUU mansuh hukuman mati mandatori
Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat melalui undian suara pada Isnin.
Mansuh hukuman mati mandatori beri hakim pilihan lebih luas - Peguam
Hukuman mati masih dikekalkan untuk jenayah tertentu, khususnya melibatkan jenayah berat.
Hukuman mati tidak menjamin pencegahan jenayah - Dobby Chew
Hukuman mati yang dianggap mampu menjadi mekanisme mencegah jenayah-jenayah berat, jelas tidak berkesan untuk mencapai hasrat tersebut.
Tingkatkan mekanisme pencegahan jenayah di samping kekalkan hukuman mati - Penganalisis
Usaha pencegahan jenayah oleh kerajaan adalah tidak mencukupi dan seharusnya aspek tersebut perlu menjadi keutamaan pembuat dasar.
Kerajaan akan pinda tujuh akta berkaitan penggantian hukuman mati mandatori - Azalina
Rang Undang-Undang berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori ini dijangka dibentangkan di sidang Parlimen pada Februari 2023
Penggangur berdepan hukuman mati mandatori edar dadah
Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 23,188 gram, pada 11 Nov lepas.