KUALA LUMPUR: Sejumlah 924 permohonan semakan hukuman bagi banduan yang dikenakan hukuman mati mandatori dan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat telah dikemukakan kepada mahkamah setakat 31 Okt lepas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata jumlah itu melibatkan 807 semakan hukuman bagi banduan yang dikenakan hukuman mati mandatori dan 117 semakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat.
Ini adalah susulan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) yang berkuat kuasa pada 4 Julai lepas, manakala Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847), berkuat kuasa pada 12 Sept.
"Melalui statistik Jabatan Penjara, 1,020 banduan akan menerima manfaat susulan daripada penguatkuasaan Akta 847 ini. Pendengaran kes pertama bagi semakan hukuman di bawah Akta 847 akan diadakan pada 14 Nov ini di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.
"Berhubung dengan jangka masa penyelesaian proses semakan ini tiada tempoh masa tertentu ditetapkan, proses pemfailan dan pendengaran akan dilaksanakan secara berperingkat," katanya ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi jabatan itu hari ini.
Ramkarpal berkata, pada masa yang sama kira-kira RM12 juta telah diperuntukkan bagi tujuan proses permohonan semakan hukuman termasuk untuk perkhidmatan bantuan guaman.
Terdahulu, Gobind Singh Deo (PH-Damansara) ketika membahaskan rang undang-undang berkenaan meminta penjelasan mengenai jumlah permohonan semakan hukuman bagi banduan yang dibuat sehingga sekarang dan kos yang terlibat dalam proses permohonan semakan hukuman itu.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) tidak pernah menjalankan tugas sebagai alat politik tetapi berfungsi sebagai agensi komunikasi komuniti kerajaan.
J-KOM bertindak menerusi tiga fungsi iaitu melahirkan komuniti budaya ilmu, kemahiran digital serta bersemangat patriotik, katanya.
Beliau berkata walaupun peruntukan kepada J-KOM dikurangkan sebanyak RM6.81 juta bagi 2024, jabatan itu akan terus menyampaikan maklumat kerajaan secara efektif kepada rakyat serta menangkis berita palsu dan fitnah.
"J-KOM akan mengubah naratif penyampaian maklumat kepada naratif menjawb isu-isu permasalahan yang ditimbulkan agar rakyat mendapat berita yang sahih, dan antara program yang telah dilaksanakan seperti Program Semarak MADANI, Bengkel Anak Muda Celik Digital, Program Santun Komuniti dan Taklimat Khas Malaysia MADANI," katanya ketika menggulung perbahasan bagi jabatan itu.
Mengenai peruntukan pengurusan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang dikurangkan pada tahun depan, beliau berkata ia tidak menjejaskan bantuan kepada mangsa bencana.
Ini katanya kerana peruntukan bencana adalah di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang disalurkan kepada Jawatankusa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sebelum Monsun Timur Laut melanda.
Selain itu, beliau berkata pengurangan peruntukan kepada NADMA adalah di bawah perbelanjaan pengurusan operasi terutamanya yang melibatkan bekalan dan perkhidmatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2023
Jumlah itu libatkan 807 semakan hukuman bagi banduan yang dihukum mati mandatori dan 117 semakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat. - Gambar hiasan/iStock
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Dua pengikut 'Tuhan Harun' terlepas tali gantung, dipenjara 40 tahun bunuh pegawai JAIP
Permohonan kedua-dua pemohon dibenarkan, hukuman mati digantikan dengan pemenjaraan.
924 permohonan semakan hukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dikemuka
Jumlah itu libatkan 807 semakan hukuman bagi banduan yang dikenakan hukuman mati mandatori dan 117 semakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat.
1,020 banduan hukuman mati, penjara seumur hidup boleh fail semakan
Seramai 1,020 banduan yang telah dikenakan hukuman mati mandatori dan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat boleh memfailkan permohonan di mahkamah untuk membuat semakan kepada hukuman masing-masing.