PUTRAJAYA: Tiada konflik kepentingan yang membabitkan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) apabila perintah pembangunan bagi cadangan projek Taman Rimba Kiara dikeluarkan.
Peguam Tan Sri Cecil Abraham, yang mewakili YWP, berhujah bahawa Datuk Bandar DBKL tidak duduk dalam mana-mana mesyuarat bagi meluluskan atau mengeluarkan arahan bagi perintah pembangunan projek itu.
Beliau berkata Datuk Bandar DBKL juga tidak menandatangani perintah pembangunan itu sebaliknya ia ditandatangani oleh seorang pengarah dalam unit perancangan DBKL dan menambah bahawa perintah itu dikeluarkan selepas melalui proses yang teliti serta telus.
Katanya Mahkamah Rayuan telah terkhilaf dalam penemuannya apabila memutuskan bahawa terdapat konflik kepentingan kerana Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP ketika perintah pembangunan itu dikeluarkan oleh DBKL kepada YWP dan syarikat pemaju Memang Perkasa Sdn Bhd untuk membangunkan kawasan itu.
Abraham berkata Perjanjian Usahasama (JVA) adalah kontrak bersyarat antara YWP, sebuah yayasan di bawah Kementerian Wilayah persekutuan, dan Memang Perkasa untuk membangunkan kawasan terbabit serta JVA terbabit tidak ada kena-mengena dengan DBKL, yang bukan pihak dalam JVA itu.
Beliau berkata YWP dan Memang Perkasa adalah pemilik sah dan benefisial tanah terbabit di mana pembangunan yang dicadangkan akan dilaksana dan mereka berhak melupuskan tanah itu dalam apa jua cara termasuk bagi pembangunan selagi ia tidak melanggar undang-undang.
Abraham berkata demikian ketika berhujah di hadapan panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan Datuk Bandar DBKL, Memang Perkasa, YWP dan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara.
Mereka ingin menghidupkan semula perintah pembangunan bertarikh 13 Julai 2017 yang dikeluarkan oleh DBKL bagi pembangunan lapan blok pangsapuri servis mewah 29 tingkat merangkumi 350 unit perumahan mampu milik untuk dibina di kawasan itu.
Mahkamah Rayuan membuat keputusan memihak kepada penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI), yang menerusi badan pengurusan Trellises Apartment, Kiara Green Townhouses, Residence Condominium, TTDI Plaza Condominium, The Greens Condominium dan empat penduduk serta pemilik rumah TTDI, memfailkan semakan kehakiman pada 2017 bagi membatalkan kebenaran perancangan bersyarat dan perintah pembangunan dikeluarkan DBKL.
Mereka kalah di peringkat Mahkamah Tinggi pada 28 Nov 2018.
Dalam semakan kehakiman itu, penduduk memohon perintah pembangunan dibatalkan atas alasan Taman Rimba Kiara yang berkeluasan 10.08 hektar dalam taman awam yang terletak di TTDI dan Bukit Kiara serta adalah kawasan hijau Kuala Lumpur.
Mahkamah penyambung pendengaran rayuan itu hari ini yang berlangsung secara maya dengan Abraham dan peguam B.Jayanthi mewakili Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara mengemukakan hujah masing-masing.
Pada Jumaat lepas (22 April), panel itu mendengar hujah B.Thangaraj yang mewakili Datuk Bandar DBKL serta Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Khoo Guan Huat yang mewakili Memang Perkasa.
Pada prosiding hari ini, Abraham turut berhujah bahawa Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam penemuannya bahawa permohonan untuk kebenaran merancang bagi projek itu telah dibuat bersama-sama oleh Memang Perkasa dan YWP.
"Keterangan berdokumen di hadapan Mahkamah Tinggi dengan jelas membuktikan bahawa permohonan bagi kebenaran merancang itu telah dibuat secara sendirian oleh Memang Perkasa," katanya.
Pendengaran kes di hadapan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersambung pada 25 Julai ini.
Penduduk TTDI diwakili peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022

Tiada konflik kepentingan yang membabitkan YWP dan DBKL apabila perintah pembangunan bagi cadangan projek Taman Rimba Kiara dikeluarkan. - Gambar fail/@www.tamanrimbakiara.net

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Pas persoal agenda sebalik tajaan lawatan PM
Tindakan kerajaan menerima tajaan terhadap kos lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada syarikat swasta membuka pintu persoalan mengenai konflik kepentingan.

Persatuan sukan: Tiada anggota Kabinet, buka ruang individu sepenuh masa
Keputusan Kabinet tidak membenarkan menteri atau timbalan menteri bertanding dalam persatuan sukan membuka lebih ruang kepada individu yang dapat memberikan sepenuh tumpuan dan komitmen.

Sudah 21 hari, Puad persoal keadilan Najib tertangguh
Katanya, penangguhan itu secara tak langsung akan menyebabkan kes Najib tidak mendapat keadilan yang telus.

Tiada konflik kepentingan babitkan YWP dan DBKL dalam projek Taman Rimba Kiara - Peguam
Tiada konflik kepentingan yang membabitkan YWP dan DBKL apabila perintah pembangunan bagi cadangan projek Taman Rimba Kiara dikeluarkan.

Pemimpin GLC perlu ada IQ, EQ dan SQ - Akhbar Satar
Seseorang pemimpin perlu mempunyai kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) yang tinggi sebelum dilantik memegang mana-mana GLC di negara ini.

Saman sivil 1MDB: Sri Ram tegaskan tiada konflik kepentingan wakili firma guaman
Sri Ram berkata tidak terdapat sebarang konflik kepentingan berhubung tindakan beliau mewakili kedua-dua firma guaman dalam saman sivil itu.

'GLC harus diketuai ahli korporat, bukan ahli politik'
Tricia Yeoh berkata, ini kerana, setiap keputusan yang dilakukan mereka cenderung dipengaruhi oleh kepentingan politik mereka.

Tiada konflik kepentingan dalam buat keputusan - Speaker
Beliau menegaskan tidak berlaku konflik kepentingan dalam membuat keputusan berhubung usul Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu merujuk Lim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Rakyat berhimpun desak perdana menteri Republik Czech letak jawatan
Perhimpunan di taman Letna dihadiri lebih 250,000 orang itu, adalah antara beberapa siri bantahan yang tercetus sejak kebelakangan ini terhadap pentadbiran Babis yang berdepan tuduhan.

Syazlin berada dalam kedudukan 'konflik kepentingan' - Peguam Negara
Kepentingan pihak-pihak ini mungkin bertentangan, jadi, sesuatu yang tidak boleh diterima apabila Syazlin mewakili ketiga-tiga pihak.