Ratusan ribu orang berhimpun di Prague, ibu kota Republik Czech pada Ahad, mendesak Perdana Menteri, Andrej Babis meletak jawatan, lapor agensi berita Xinhua.
Perhimpunan di taman Letna dihadiri lebih 250,000 orang itu, adalah antara beberapa siri bantahan yang tercetus sejak kebelakangan ini terhadap pentadbiran Babis yang berdepan tuduhan kerana konflik kepentingan dan penipuan.
Sambil mengibarkan bendera Republik Czech dan Kesatuan Eropah (EU), peserta perhimpunan melaungkan "Letak Jawatan, Letak Jawatan".
Peserta perhimpunan turut membawa sepanduk yang tertera "Tiada Toleransi untuk Penipuan dan Pembohongan".
Laporan awal EU dikeluarkan media Czech pada Mei lalu, mengatakan Babis mungkin mempunyai konflik kepentingan terhadap subsidi EU, melibatkan bekas empayar perniagaannya Agrofert.
Babis menafikan dakwaan itu dan menuduh EU cuba untuk mengganggu kestabilan Republik Czech.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2019
Seorang lelaki mengibarkan bendera Republik Czech ketika perhimpunan diadakan di Prague, 23 Jun, 2019. (Foto AP)
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
Petr Pavel presiden baharu Republik Czech
Pavel, bekas anggota tentera payung terjun, memenangi pilihan raya berkenaan setelah mendapat 58.3 peratus undi.
Ingkar arahan sekatan, menteri kesihatan Republik Czech didesak letak jawatan
Menteri Kesihatan Republik Czech, Roman Prymula didesak untuk meletak jawatan kerana ingkar arahan sekatan COVID-19 di negara itu.
Rakyat berhimpun desak perdana menteri Republik Czech letak jawatan
Perhimpunan di taman Letna dihadiri lebih 250,000 orang itu, adalah antara beberapa siri bantahan yang tercetus sejak kebelakangan ini terhadap pentadbiran Babis yang berdepan tuduhan.