SHAH ALAM: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan keadilan buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat masih lagi tertangguh setelah 21 hari laporan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, diserahkan kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman telah memaklumkan perkara berkenaan pada 23 Februari lalu, namun tiada tindakan dilaksanakan.
Ujarnya, penangguhan itu secara tak langsung akan menyebabkan kes Najib berhubung penyelewengan dana SRC International tidak mendapat keadilan yang telus
"Apakah keadilan untuk Najib tertangguh? Adakah adil tiada tindakan diambil sebelum keputusan semakan kehakiman dalam kes SRC Najib diputuskan?
"Rakyat ingin tahu jika benar siasatan terhadap Nazlan membuktikan memang wujud 'konflik kepentingan' dan 'pelanggaran etika' yang membolehkan Hakim Nazlan didakwa," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar keputusan hasil siasatan itu didedahkan kepada orang ramai supaya dapat menegak keadilan untuk Najib.
"Tahniah Azalina kerana beritahu Parlimen laporan itu telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara.
"Tulisan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abd Hamid Mohamad 'Mahkamah Persekutuan Membuat Undang Undang Sendiri' amat tajam dan menjadi hujah penting bahawa tidak ada sebab SPRM tidak boleh menyiasat seseorang Hakim (saya akan komen esok).
"Tetapi hari ini kita mendesak jangan tangguh keadilan untuk Datuk Najib Razak," ujarnya.
Pada 23 Februari lalu, media melaporkan laporan SPRM terhadap Mohd Nazlan, berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009, telah diserahkan kepada Tengku Maimum.
Azalina berkata, SPRM memaklumkan perkara itu kepada beliau menerusi surat bertarikh 21 Februari 2023.
Bagaimanapun katanya, tiada maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, dimaklumkan dalam surat itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 13 2023

MOHD PUAD: Rakyat ingin tahu jika benar siasatan membuktikan memang wujud 'konflik kepentingan' dan 'pelanggaran etika' yang membolehkan Hakim Nazlan didakwa. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Speaker Johor serah notis kekosongan DUN Mahkota
Notis kekosongan kerusi DUN Mahkota diserahkan kepada SPR susulan kematian penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain.

Kes saman Muhyiddin Yassin terhadap Puad Zarkashi selesai secara baik
Kes saman fitnah difailkan Muhyiddin terhadap Puad Zarkashi berhubung diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.

DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.

UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.

Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan

Kritikan Puad Zarkashi bersifat peribadi, tidak jejas pendaftaran PADU - Rafizi
Rafizi berkata mana-mana perubahan yang dilakukan kerajaan selalunya memang akan mendapat tentangan.

Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti - Puad
Ia susulan tindakan ADUN Selat Klang isytihar sokongan kepada MB ketika parti itu baru meluluskan pindaan perlembagaan.

J-KOM wajar dirombak secara menyeluruh - Puad Zarkashi
Imej J-KOM semakin merundum setelah isu A dan W dibangkitkan serta analisis Timbalan Ketua Pengarahnya berkenaan Langkah Dubai.

Najib-Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri - Puad
Puad berkata, perkara berkenaan tidak perlu dilayan, sambil menyifatkan individu yang memberi cadangan itu sebagai 'buta sejarah'.

ADUN MUDA, Amira Aisya ditempatkan di Blok Pengimbang PN - Speaker DUN Johor
ADUN Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz akan ditempatkan di Blok Pengimbang, sebaris dengan ADUN PN pada sidang DUN Johor Khamis ini.