Tiada keperluan untuk calon menduduki semula Pengendalian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), demikian menurut Kementeri Pendidikan.

KPM dalam satu kenyataan pada Jumaat menjelaskan PT3 adalah sama seperti pengendalian peperiksaan akhir tahun sekolah dengan menggunakan soalan yang setara standardnya.

"PT3 merupakan Pentaksiran Pusat (PP) dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

"PT3 juga merupakan komponen akademik dalam PBS pada peringkat menengah rendah yang dilaksanakan secara perkongsian akauntibiliti antara LP dan pihak sekolah.

"Dalam pada itu, KPM beri jaminan bahawa kami sentiasa komited dalam memastikan keadilan kepada calon dan kesahihan keputusan PT3 yang akan dijalankan mengikut kaedah dan prosedur standard yang diguna pakai oleh badan pentaksiran dunia," jelas kementerian tesebut.

BACA: Jabatan Pendidikan Negeri perlu siasat dakwaan soalan PT3 bocor - KPM

Sementara itu, PT3 akan terus dilaksanakan seperti yang dijadualkan.

Sementara itu, PT3 akan terus dilaksanakan seperti yang dijadualkan.


Pada masa sama, KPM turut menyeru agar orang ramai beri peluang kepada calon untuk menduduki PT3 dengan tenang tanpa menimbulkan sebarang isu yang akan merunsingkan ibu bapa dan memberikan tekanan kepada calon.

Terdahulu, timbul dakwaan bahawa calon PT3 perlu duduki semula ujian itu selepas desas-desus kononnya kertas soalan PT3 bocor menerusi aplikasi WhatsApp dan Telegram.

BACA: 'Korang nak sangat ke repeat paper?' - Netizen kecoh isu PT3 didakwa bocor

BACA: Dakwaan Bahasa Inggeris PT3 diulang semula tidak benar