Kerajaan tidak melihat keperluan membeli vaksin denggi seperti yang dilakukan negara jiran Singapura bagi mengekang wabak berkenaan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, ia disebabkan pihaknya mendapati masih ada kelemahan di dalam vaksin itu sendiri.
Jelasnya, vaksin itu didapati hanya sesuai digunakan kepada peringkat umur tertentu sahaja.
"Ada beberapa kekurangan dalam vaksin ini dan ia diiktiraf di peringkat WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) di mana salah satu dalam kajian yang dilakukan semasa pendaftaran vaksin ini ialah umur.
"Vaksin ini hanya untuk umur sembilan sehingga 18 tahun sahaja, maknanya ia tidak mempunyai matlamat keberkesanan selepas 18 tahun sahaja, maknanya kita tidak mempunyai matlamat keberkesanan vaksin selepas 18 tahun.
"Kebanyakan kes denggi dalam negara kita ialah dalam lingkungan umur 25 sehingga 40 tahun," katanya.
Subramaniam berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli parlimen Mersing, Datuk Latiff Ahmad (BN) ketika di dalam sesi pertanyaan menteri di Parlimen hari ini.
Dalam pada itu kata Subramaniam, selain melibatkan umur, kumpulan yang tidak menghidap denggi juga terdedah kepada bahaya jika menggunakan vaksin berkenaan.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, Kerajaan perlu mempertimbangkan beberapa faktor sebelum memutuskan berkenaan penggunaan vaksin denggi pertama di dunia - Dengvaxia dalam merawat pesakit di negara ini.
Jelasnya, ia berikutan terdapat empat jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi di negara ini, sedangkan vaksin itu tidak meliputi semua jenis rawatan demam denggi.
Sehingga 29 Oktober lepas, sebanyak 202 kes kematian melibatkan denggi direkodkan
Angka itu berkurangan sebanyak 27.1 peratus berbanding 277 kes direkodkan pada tempoh yang sama tahun lepas.
Dengvaxia dibangunkan oleh Pasteur, cawangan vaksin Sanofi, sebuah syarikat farmaseutikal Perancis.
Ia telah menjalankan kajian ke atas penyakit tropika itu selama lebih 20 tahun dengan kos 1.5 billion euro (kira-kira RM7 billion) termasuk kos pembuatan vaksin.
Setakat ini, vaksin itu dilesenkan di Mexico, Filipina, Brazil, El Salvador dan Costa Rica.
Wan Syamsul Amly
Thu Nov 03 2016

SUBRAMANIAM: "Ada beberapa kekurangan dalam vaksin ini dan ia diiktiraf di peringkat WHO di mana salah satu dalam kajian yang dilakukan semasa pendaftaran vaksin ini ialah umur." - Gambar fail
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut ialah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Jun 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mac 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Februari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Oktober 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Oktober 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 September 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 September 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 September 2022.