Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan tiada kelulusan diberikan bagi aktiviti pembalakan di Hutan Simpanan Dara Hulu Terenggun di Kuala Lipis, dekat sini.
Sebaliknya, beliau berkata semakan dengan Pengarah Perhutanan Pahang Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman mengesahkan kebenaran hanya diberikan untuk kerja-kerja mengeluarkan balak bagi pembinaan jalan.
"Saya telah semak dengan jabatan perhutanan dan fakta itu (kegiatan pembalakan) tidak betul. Jabatan perhutanan juga memantau kerja-kerja yang dilakukan dengan ketat. Itu yang saya dapat daripada pengarah perhutanan," katanya.
Adnan berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat daerah Bentong di Masjid Sultan Abu Bakar Janda Baik di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Pahang di laman Facebooknya bahawa berlaku aktiviti pembalakan di hutan simpan itu, yang dikatakan dilakukan bagi tujuan pemetaan emas.
Sehubungan itu, Adnan menggesa pihak yang berkaitan untuk menggunakan saluran yang betul dalam menyuarakan isu berkaitan alam sekitar dan tidak terus memuat naik status di laman sosial tanpa pengesahan pihak berwajib.
"Kita faham sesetengah pendirian orang, ada yang mengkritik untuk membina dan ada yang mengkritik untuk mencari kelemahan atau mempunyai motif tertentu seperti politik, peribadi atau sebagainya.
"Kalau mengkritik untuk membina kita sangat terbuka. Kalau kita salah, kita akan akui dan jika tidak benar, kita akan berikan berita yang tepat. Ini yang sepatutnya," katanya.
Berhubung aduan penduduk Perumahan Balok Baharu di Balok, Kuantan yang mahu tindakan segera diambil bagi mengatasi masalah pencemaran Sungai Nyior yang telah berlarutan sejak Februari lalu, Adnan memberi jaminan akan meminta penjelasan daripada pihak berwajib.
"Saya tidak mendapat perincian lanjut lagi, namun saya akan minta jabatan yang berkenaan untuk menyerahkan laporan kepada kerajaan negeri dan kita akan maklumkan orang awam tindakan selanjutnya," katanya.
Selasa lalu, Bernama melaporkan keluhan penduduk yang tidak sanggup untuk mencium bau Sungai Nyior yang seakan-akan bau najis selain air sungai yang turut berwarna hitam.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang juga pada April lalu mengesahkan air sungai itu dicemari dengan bakteria E-coli, namun sehingga kini punca pencemaran itu masih belum dapat dikenal pasti.
Bernama
Sat Aug 20 2016
Menurut Adnan, semakan dengan Pengarah Perhutanan Pahang Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman mengesahkan kebenaran hanya diberikan untuk kerja-kerja mengeluarkan balak bagi pembinaan jalan. - Gambar fail
Jenayah perang di Gaza: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
OIC sifatkan waran itu "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad."
Malaysia sedia perkukuh komuniti ASEAN - Mohamad
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
PRK: Adnan Yaakob sangkal dakwaan Pelangai tidak membangun
Bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Adnan Yaakob menyangkal dakwaan Barisan Nasional (BN) gagal membawa pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
"UMNO pun dah nak bungkus" - Adnan Yaakob
Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu disifatkan sebagai petanda parti itu akan mengalami lebih banyak kekalahan selepas ini.
Adnan Yaakob terima ijazah undang-undang pada usia 72 tahun
Minat mendalam terhadap ilmu menjadi pendorong kepada bekas Menteri Besar Pahang ke-14 Tan Sri Adnan Yaakob untuk menamatkan pengajian Sarjana Muda Undang-Undang pada usia 72 tahun.
36 tahun bergelar wakil rakyat, Adnan Yaakob umum bersara
Setelah 36 tahun menabur bakti kepada rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang juga bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mengumumkan persaraannya, hari ini.
UMNO jangan sombong, bongkak dan angkuh - Perwakilan Wanita
Kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai bukan jaminan mutlak parti itu sudah diterima rakyat sepenuhnya.
Bumi Pahang 'menangis' sambut kepulangan Sultan Ahmad Shah
Sejak petang, cuaca mendung sebelum gerimis membasahi ruang udara Pangkalan Udara Kuantan, semasa pesawat khas yang membawa jenazah almarhum dari Pangkalan Udara TUDM Subang mendarat pada 7.25 petang.
Penyata kewangan Pahang dipinda, hutang tidak setinggi RM3.17 bilion - Adnan
Bekas menteri besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa bahawa penyata kewangan kerajaan negeri Pahang telah dipinda oleh pihak tertentu.
Sultan Pahang tunjuk perkembangan positif
Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat dan pemimpin di Pahang kerana mendoakan kesejahteraan serta kesihatan ayahanda baginda.
Penstrukturan semula PAIP kurangkan beban hutang negeri Pahang
Penstrukturan PAIP akan membolehkan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan dihapuskan dengan statusnya ditukar kepada geran atau peruntukan.
Hutang RM3 bil bukan sebab ketidakcekapan atau berjoli - Adnan Yaakob
Beliau berkata jumlah hutang itu dihimpunkan daripada pentadbiran menteri besar terdahulu dan tidak mudah untuk dijelaskan kerana kerajaan negeri mempunyai hasil yang terhad.