Tiada kejadian tanah runtuh berlaku di Terowong Menora seperti tersebar di media sosial, kata Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS).

Ia meminta orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin tersebut dan mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000.

Difahamkan gambar yang tersebar luas itu sejak semalam merupakan kejadian di Lebuh Raya Karak baru-baru ini.

Gambar yang menjadi viral di media sosial.


PLUS tampil menafikan khabar angin berhubung kejadian yang kononnya berlaku di Terowong Menora.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri juga tidak menerima sebarang laporan atau panggilan kecemasan mengenai kejadian tanah runtuh di situ.