Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan berlaku kebocoran maklumat oleh 'orang dalam' Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) kepada pihak luar berhubung pergerakan pasukan keselamatan.
Beliau bagaimanapun berkata perkongsian maklumat mungkin berlaku melibatkan pendatang asing tanpa izin atau tali barut yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan pengganas yang menyerang Pantai Timur Sabah.
"Tiada kebocoran maklumat melalui orang dalam daripada ESSCom seperti yang diperkatakan," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 peringkat Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Isu itu dibangkitkan Datuk Dr Ewon Ebin (BN-Ranau) semasa membahaskan rang undang-undang itu sebelum ini, yang mempersoalkan isu kebocoran maklumat mengenai pergerakan pasukan ESSCom mengawal perairan Pantai Timur Sabah.
Sementara itu, Shahidan menyifatkan sebagai tidak munasabah cadangan membubarkan ESSCom seperti yang diperkatakan Wong Tien Fatt@Wong Nyuk Foh (DAP-Sandakan) kerana dikatakan gagal mengawal perairan Sabah.
Beliau berkata kerajaan berusaha keras memastikan operasi ESSCom berada pada tahap yang baik dalam mengawal perairan Sabah demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.
"Tanggungjawab ESSCom adalah untuk memastikan perairan Sabah berada dalam keadaan selamat... dan penubuhannya adalah bagi mengekang pencerobohan di Pantai Timur Sabah selepas percubaan pertama di Kampung Tanduo, Lahad Datu," katanya.
Dalam pada itu, Shahidan berkata kerajaan telah mengeluarkan peruntukan segera bagi menubuhkan pasukan sukarelawan di bawah Angkatan Pertahanan Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Tanpa menyatakan jumlah peruntukan itu, beliau berkata pasukan sukarelawan itu akan disertai oleh rakyat bagi membantu pasukan keselamatan.
"Penyertaan rakyat mampu membantu menangani masalah keselamatan kerana kalau kita serah soal keselamatan kepada pihak penguat kuasa tanpa penglibatan rakyat, kita akan hadapi masalah," katanya.
Menjawab dakwaan pertindihan fungsi antara APMM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menjaga perairan negara, Shahidan berkata isu itu tidak sepatutnya timbul.
Jelasnya, kedua-dua pasukan keselamatan itu menjalankan tugas secara bersama memandangkan kawasan perairan yang cukup luas dengan TLDM menjaga keamanan perairan negara secara keseluruhan manakala APMM melaksanakan penguatkuasaan.
"Misalnya untuk membawa kapal yang ditahan ke jeti untuk rundingan adalah mengambil masa sehingga beberapa jam dan TLDM tidak boleh melakukan semua ini bersendirian, kita perlukan satu agensi untuk penguatkuasaan ini," katanya.
Mengenai Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pula, Shahidan berkata setakat ini kerajaan mendapat kerjasama baik daripada semua kerajaan negeri.
Beliau berkata di Selangor misalnya 52,704 unit diluluskan untuk dibina.
"Bagi saya kita jangan politikkan soal rumah PR1MA ini, apa yang penting kita mahu bina rumah untuk rakyat, jika ia dipolitikkan yang rugi rakyat nanti," katanya.
Terdahulu ketika mencelah, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) mahu tahu adakah kerajaan menghadapi masalah atau kekangan membina rumah PR1MA di negeri Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 02 2016
SHAHIDAN: Tidak munasabah cadangan membubarkan ESSCom.
Perkembangan pengebumian jenazah Tan Sri Datuk Seri Ahmad
Pengebumian jenazah Tan Sri Datuk Seri Ahmad Nawab di Tanah Perkuburan Raudathul Sakinah.
Google Tasks kini diintegrasi sepenuhnya dalam Google Calendar
Ia mengintegrasikan Tasks sepenuhnya ke dalam Calendar membenarkan pengguna melakukan perkara sama yang ada dalam aplikasi Tasks sendiri.
Pelarian di Sudan gigih cari rezeki dengan manisan
Golongan wanita berpeluang mempelajari kemahiran membuat manisan untuk mendapatkan makanan dan menjana pendapatan.
Lawatan kerja PM: Tiga MoU dimeterai antara Malaysia-Korea
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan negara di Istana Presiden Yongsan untuk bertemu Presiden Yoon Suk Yeol pada Isnin.
Perkhidmatan feri Pulau Pinang alami kerugian tahunan RM14 juta
Kos perkhidmatan feri di Pulau Pinang melebihi jumlah kutipan tiket, menyebabkan kerugian tahunan sekitar RM14 juta.
Pelajar Tingkatan Lima maut motosikal langgar kon
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng dan penunggang motosikal lelaki mengalami luka.
LaLiga: Mbappe tamatkan kemarau jaringan
Los Blancos memanfaatkan keputusan seri Barcelona dengan Celta Vigo pada Sabtu untuk merapatkan jurang kepada empat mata.
Guru dikhuatiri lemas: Operasi SAR bersambung pagi ini
Operasi mencari Murdani Ab Rahman, 53, ditangguhkan pada 9.30 malam berikutan faktor cuaca tidak mengizinkan.
Anwar, Yoon adakan mesyuarat dua hala mengenai hubungan Malaysia dan Korea Selatan
Kedua-dua pemimpin, diiringi beberapa menteri, mengadakan mesyuarat dua hala bermula 11.10 pagi, dijangka berlangsung kira-kira sejam.
Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
Bagi mengimbas kembali legasi Allahyarham kita bersama Datuk Chuari Selamat, penulis lirik dan bekas penyampai radio popular RTM.
Ada pegawai, anggota polis bocor maklumat dalam media sosial
Hal ini merupakan masalah serius yang bukan sahaja mencemarkan imej PDRM, malah turut mengancam keselamatan dan keamanan negara.
Penolong juruukur didakwa terima rasuah RM5,600 bocor maklumat sebut harga MPS
Tengku Kamarul didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suapan wang tunai berjumlah RM5,600 ke dalam akaun simpanannya.
Tiada kompromi bagi anggota APMM babit dengan tali barut
Sehingga ini tiada aduan mengenai pembabitan anggotanya membocorkan maklumat mengenai pengoperasian APMM di sesuatu lokasi tertentu.
Kenyataan Mahathir berhubung pendedahan laporan CIA mengenai skandal BMH 1983 tidak munasabah - Salleh
Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) telah mengubah status 13 juta muka surat dokumen rasmi supaya mereka boleh membocorkan dua halaman berkaitan Bumip
Pengarah CIA ingatkan Trump agar jangan celupar, berwaspada tentang Rusia
Perkembangan semasa menunjukkan pergeseran luar biasa antara bakal Presiden itu dengan 17 agensi perisikan yang bakal berada di bawah arahannya.
Tiada kebocoran maklumat oleh orang dalam ESSCom - Shahidan
Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan berlaku kebocoran maklumat oleh 'orang dalam' Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) kepada pihak luar.
1MDB: 'Tidak bersalah hingga didapati bersalah'
1Malaysia Development Berhad sambut baik saranan Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw supaya pihak yang melemparkan tuduhan terhadap anggota jawatankuasa itu, mencari bukti kukuh terlebih dahulu.
Timbalan Pengarah SPRM dipanggil beri keterangan isu 1MDB
Polis telah memanggil Timbalan Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Tan Kang Sai bagi membantu siasatan mengenai dakwaan kebocoran maklumat 1MDB.