KUALA LUMPUR: Seorang penolong juruukur bahan di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5,600 berhubung pembocoran maklumat sebut harga pihak berkuasa tempatan itu, empat tahun lepas.
Tengku Kamarul Ariffin Raja Jalil, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Mengikut kedua-dua pertuduhan itu, Tengku Kamarul didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suapan wang tunai berjumlah RM5,600 ke dalam akaun simpanannya daripada seorang lelaki, sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan yang berhubungan dengan hal ehwal prinsipal tertuduh iaitu membocorkan maklumat sebut harga anggaran jabatan (MPS) kepada individu berkenaan.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Maybank Cawangan Kuala Lumpur di Menara Maybank, Jalan Tun Perak di sini masing-masing pada 22 April dan 16 Ogos 2017.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pilihan menerima wang tunai itu, (RM5,600) ke dalam akaun simpanannya tanpa sebarang balasan daripada individu sama, yang mana dia ketahui ia ada kaitan dengan tugas rasminya, di lokasi dan tarikh yang sama, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Aliff Shaharuzaman memohon mahkamah menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM berdekatan sebulan sekali serta menyerahkan pasport kepada mahkamah dan permohonan itu tidak dibantah oleh peguam Chris Kooi Wei Kit.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan dia perlu melapor diri di pejabat SPRM terdekat sebulan sekali dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah sehingga pelupusan kes selain menetapkan 16 Julai untuk sebutan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 17 2021
Tertuduh (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5,600 bagi membocorkan maklumat sebut harga anggaran tender jabatan, empat tahun lalu. - Bernama
Fokus Minggu Depan: Laporan PAC akan dibentang dan dibahaskan minggu depan
Prof. Dr Ahmad Martadha Mohamed, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti UUM ada perinciannya.
Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad
UMNO Bahagian disaran mengenal pasti calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum lebih awal supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan mula mendekati rakyat.
Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, individu terbabit sudah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan perbicaraan kes berkenaan ketika ini sedang berjalan.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.
Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan
Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA Kelantan, Rosdi Mohamed meninggal dunia selepas 10 jam menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar.
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Hamas tepis dakwaan jadikan sekolah UNRWA sebagai markas
Pejuang Hamas menafikan menjadikan sekolah milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai pusat operasi mereka.
Ketua CIA dilapor ke Doha minggu hadapan
Ketua Agensi Risikan Pusat, Amerika Syarikat (CIA) William Burns dilaporkan akan ke Doha, Qatar minggu hadapan bagi menghadiri rundingan gencatan senjata di antara negara pengantara dalam misi menamatkan kekejaman rejim Israel ke atas Gaza.
Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.
Taufan Beryl kategori satu dijangka membadai Texas
Bencana yang disebabkan Taufan Beryl tidak terhenti di negara kepulauan Carribean. Ia selepas hujan lebat turut melanda beberapa bahagian di Texas, Amerika Syarikat dan taufan kategori satu yang dijangka membawa ribut tropika akan melanda kawasan tersebut pada Isnin.
'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.
Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.
Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.
Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.
Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.
Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800
Pegawai penguat kuasa ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,800.
Rasuah: Langkah gergasi untuk sebuah transformasi
Keputusan skor Malaysia yang jatuh 1 mata daripada tahun 2021 menunjukkan skor persepsi rasuah amat dipengaruhi oleh beberapa perkara.
Penjawat awam berdepan 16 pertuduhan terima rasuah RM45,000
Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM45,000, pada tujuh dan enam tahun lalu.
SPRM tahan lelaki terlibat kes penipuan bernilai RM730,000
Seorang lelaki ditahan SPRM Sabah dipercayai terlibat dengan satu penipuan bernilai RM730,000.