KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menyiasat sesiapa tanpa mengira status atau kedudukan seseorang di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada istilah pemimpin atau individu berpengaruh di negara ini tidak boleh disentuh atau disiasat badan itu.
"Kalau tidak nanti kritikan dia apa? Yang ikan kecil ini ditangkap, yang kepala-kepala tak boleh disentuh. Bila disentuh masih ada yang pertahankan dan gunakan pengaruh dan media terutama media sosial untuk pertahankan.
"Biarlah siasatan dibuat. Dia rahsia umum. Orang yang menggondol kekayaan yang begitu besar, biarlah ada siasatan. Jadi pemimpin jangan dilihat sebagai melindungi perasuah besar. Jadi Itu tanggungjawab SPRM menjalankan tugas siasatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai solat Jumaat di Masjid Jamek Kota Damansara pada Jumaat.
Anwar juga berharap tiada sebarang spekulasi atau tafsiran awal mengenai siasatan melibatkan pemimpin berdepan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa sehingga memiliki kekayaan luar biasa.
Tambah beliau pentadbiran di bawah kepimpinan beliau seharusnya menunjukkan contoh untuk berani bertindak terhadap perasuah besar.
"Apakah ia benar atau tidak, biarlah proses dijalankan dan kemudian badan kehakiman memutuskan," katanya.
Faida Rahim
Fri Dec 22 2023

Anwar berharap tiada sebarang spekulasi atau tafsiran awal mengenai siasatan melibatkan pemimpin berdepan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa sehingga memiliki kekayaan luar biasa. - Bernama
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Rasuah: Bekas Ketua Penolong Setiausaha JKM Melaka direman lima hari
Suspek yang masih lagi dalam perkhidmatan ditahan ketika hadir di Pejabat SPRM Melaka kira-kira jam 4.50 petang pada Isnin.

Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee
Beberapa undang-undang, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.

Pemimpin setempat, NGO berperanan sebagai 'mata-mata' Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Masyarakat tidak perlu takut laporkan sebarang ketidakadilan kerana melalui saluran yang sah, setiap aduan akan disiasat dengan telus.

Jangan tolak ansur rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan akan mengambil sikap tegas terhadap individu yang mengaut kekayaan negara tanpa rasa tanggungjawab, sama ada pada masa lalu mahupun kini.

Seleweng dana RM1.2 bilion: Bekas CEO badan berkanun pula direman
Seorang lagi suspek ditahan menjadikan tiga individu direman bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan.

Tiada lagi rundingan terus dalam perolehan kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amalan rundingan terus melalui perolehan kerajaan akan dihalang sama sekali.

Tiada istilah pemimpin, individu berpengaruh tidak boleh disentuh SPRM - PM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan tugas siasatan terhadap sesiapa tanpa mengira status atau kedudukan seseorang di negara ini.
![[KOLUMNIS] Pindaan AUKU: Bebas atau beban? [KOLUMNIS] Pindaan AUKU: Bebas atau beban?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681110559_graduanUniversitiM.jpg)
[KOLUMNIS] Pindaan AUKU: Bebas atau beban?
SEBAGAI seorang mahasiswa, kita tidak boleh lari daripada realiti bahawa kehidupan di universiti adalah berpaksikan kepada suatu undang-undang yang disebutkan sebagai AUKU 1971.

Speaker Dewan Perwakilan AS gesa siasatan pendakwaan terhadap Biden
McCarthy berkata siasatan Jawatankuasa Pemantauan Dewan menemui "budaya rasuah" dalam kalangan ahli keluarga Biden ketika Republikan menyiasat urusan perniagaan anaknya, Hunter Biden.

Perluas skop tugasan JAN, ketika ini di peringkat perbincangan - PM Anwar
Kerajaan akan memperluaskan skop tugasan Jabatan Audit Negara (JAN) akan meliputi kerangka ombudsman.