PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperluaskan skop tugasan Jabatan Audit Negara (JAN) yang akan meliputi kerangka ombudsman.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimanapun ketika ini ia masih di peringkat perbincangan untuk memastikan skop tugasan JAN diperkukuhkan.
"Berdasarkan prestasi Jabatan Audit Negara yang memuaskan dan teguran-teguran yang patut diberi perhatian oleh semua Jabatan Persekutuan dan negeri, saya sekarang sedang meneliti supaya dapat diperkukuh, diperluaskan bidang tugas Jabatan Audit Negara supaya tidak boleh merangkul apa yang disebut Institusi Hisbah (institusi yang memerhati dan meninjau).
"Jadi (perkara) ini masih dalam perbincangan tapi yang penting kita perluaskan bidang tugas Jabatan Audit Negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan perjumpaan bersama warga Jabatan Audit Negara di Putrajaya pada Jumaat.
Terdahulu dalam ucapannya, Anwar turut menegaskan bahawa Laporan Audit Negara bagi tahun ini akan dibahaskan di Parlimen.
Ujarnya, ia bagi memastikan tiada ketirisan berlaku serta memperbaiki sekiranya wujud kelemahan dalam kerajaan.
"Saya akan pastikan ia akan dibahaskan kalau ada kelemahan kita perbaiki, kalau ada pelanggaran kita betulkan.
"Kalau ada sesuatu penyalahgunaan kuasa kita pastikan ambil tindakan. Ketika saya di Kementerian Kewangan dulu saya memulakan satu tradisi.
"Setiap tahun Laporan Audit Negara ini saya anggap satu dokumen yang penting dan Kementerian Kewangan, mesti mengetuai satu tugas untuk meneliti semua laporan dan pastikan semua jabatan patuh, kalau tidak laporan sampai tahun depan diulang lagi masalah," katanya lagi.
Fareez Azman
Fri Sep 01 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Audit Negara semasa sesi perjumpaan dengan pengurusan dan warga jabatan itu di ibu pejabat Jabatan Audit Negara Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
OP SELAMAT 23: Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
Selamat ke-23 sempena Tahun Baharu Cina oleh Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berakhir pada 2 Februari lepas menyaksikan penurunan kes kemalangan sebanyak 902 kes atau 10 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Floodcom: Pusat gerakan banjir terapung pertama Malaysia guna teknologi nuklear
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) mencipta sejarah dengan membangunkan pusat gerakan bencana banjir terapung pertama di Malaysia yang menggabungkan teknologi nuklear secara aman.
Isu Harith Iskander, Cecilia: Polis akan hantar kertas siasatan ke DPP secepat mungkin - KPN
Kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan pelakon dan pelawak Harith Iskander dan Cecilia Yap Song berhubung kes menghina agama Islam akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin.
'Orang cadang MCA disingkir daripada BN hanya mimpi di siang hari'
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, tidak pernah ada sebarang perbincangan untuk menyingkirkan MCA daripada Barisan Nasional (BN).
Azalina koordinasi gag order dengan AGC
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said yang membantu mengkoordinasi perintah larangan mengulas (gag order) berkaitan titah adendum yang disebut di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.
Kos pelaksanaan PLKN 3.0 lebih rendah - Mohamed Khaled
Kos pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 lebih rendah berbanding dua siri program berkenaan sebelum ini.
Jangan di Malaysia ini ada 'Co-Prime Minister' - Ketua Pembangkang
"Saya ada juga dengar khabar, seseorang yang dimaksudkan itu seolah-olah telah menjadi Perdana Menteri (PM) de facto. Dialah yang berkuasa dan mendapat segala-galanya yang dikehendaki termasuklah segala macam penguasaan dalam syarikat-syarikat," kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari ketika mencelah semasa sesi perbahasan di Parlimen.
"Sekarang ini di Amerika sudah ada 'Co-President'. Jangan dalam Malaysia ini ada 'Co-Prime Minister'," jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
"Sekarang ini di Amerika sudah ada 'Co-President'. Jangan dalam Malaysia ini ada 'Co-Prime Minister'," jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Tiada perlindungan kepada pemberi maklumat yang buat pendedahan umum
Kerajaan tidak bercadang meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) untuk melindungi pemberi maklumat yang mendedahkan maklumat kepada umum sebelum disalurkan kepada agensi penguatkuasaan.
SKM umum dividen ADK 3.60 peratus, jumlah agihan RM12.46 juta bagi 2024
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini mengumumkan dividen 3.60 peratus bagi Akaun Deposit Koperasi (ADK) kepada pendeposit (koperasi) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.
China kenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan LNG dari Amerika Syarikat
China mengenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat (AS).
Ketua Audit Negara diberi kuasa audit akaun 1,856 badan lain, GLC
Jabatan Audit Negara sedang membangunkan garis panduan untuk pelaksanaan pengauditan syarikat GLC.
Ketua Audit Negara pertahan kerusi ahli ASOSAI Governing Board
Terdapat peningkatan dari 26 undi yang diperoleh pada 2021 untuk Ketua Audit Negara jadi ahli ASOSAI Governing Board bagi tempoh 2021-2024.
KPKT alu-alukan audit terhadap jabatan dan agensi, pastikan integriti dipatuhi
KPKT mengalu-alukan Jabatan Audit Negara untuk menjalankan audit terhadap mana-mana jabatan dan agensi di bawah kementerian itu.
Perluas skop tugasan JAN, ketika ini di peringkat perbincangan - PM Anwar
Kerajaan akan memperluaskan skop tugasan Jabatan Audit Negara (JAN) akan meliputi kerangka ombudsman.
Lelong kenderaan sita, JPJ kutip RM5.9 juta
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip RM5.9 juta hasil lelongan awam melibatkan 636 kenderaan sita di seluruh negara tahun ini.
PAC gesa audit khas perbelanjaan kerajaan semasa wabak COVID-19
Pengerusi PAC Wong Kah Woh dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada Ketua Audit Negara semalam.
Peruntukan tambahan RM100 juta bagi urus kewangan, bajet kerajaan - Tengku Zafrul
Ini termasuk RM10 juta untuk Jabatan Audit Negara bagi memperkukuh keupayaan dan pengoptimuman proses pengauditan.
Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 kesan 11 isu punitif
Jabatan Audit Negara mengesan 11 isu punitif yang boleh disiasat pihak berkuasa menerusi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1.
LKAN: PDRM terlebih bayar selenggara helikopter
Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, lebihan itu berlaku berikutan PDRM tetap membayar sepenuhnya meskipun helikopter berkenaan sudah tidak aktif lebih enam bulan.
LKAN: Kementerian Pertahanan tidak kenakan denda sejumlah RM116.54 juta
Ketidakpatuhan terhadap spesifikasi itu boleh merisikokan keselamatan anggota MALBATT.