SEBAGAI seorang mahasiswa, kita tidak boleh lari daripada realiti bahawa kehidupan di universiti adalah berpaksikan kepada suatu undang-undang yang disebutkan sebagai AUKU 1971.
AUKU 1971 merujuk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 di Malaysia yang sudah wujud sekitar 50 tahun lamanya. Akta ini merupakan asas kepada penubuhan sesebuah universiti dan undang-undang yang mengawal pentadbiran universiti dan kolej di negara ini.
Ia memberi kerajaan dan pihak berkuasa universiti kuasa untuk mengurus dan mengawal selia pelbagai aspek pentadbiran, termasuk pengurusan kewangan, pelantikan staf dan pengurusan pelajar.
AUKU 1971 yang mempunyai 44 Seksyen di dalamnya juga turut mengandungi tujuh peruntukan berkaitan dengan pelajar. Bagaimanapun, AUKU telah menjadi subjek perbincangan dan kontroversi di Malaysia khususnya dalam kalangan para aktivis pelajar.
Beberapa pihak berpendapat bahawa AUKU mungkin perlu dipinda atau dikaji semula untuk memberi lebih banyak kebebasan kepada pelajar universiti, manakala yang lain berpendapat bahawa ia penting untuk mengekalkan disiplin dan kestabilan dalam institusi pengajian tinggi.
Antara yang sering diperkatakan, AUKU menyekat kebebasan mahasiswa dalam Seksyen 15 dan 16. Inilah antara perkara dilihat begitu merisaukan golongan mahasiswa yang memperjuangkan hak dan juga kebebasan lebih luas.
Sungguhpun begitu, AUKU ini juga sebenarnya telah dipinda sebanyak tujuh kali sejak ia diwujudkan dan kali terakhir dipinda adalah pada tahun 2019 dengan pindaan terakhir memberikan impak yang cukup signifikan dalam landskap politik negara.
Sebagai contoh, akta yang melarang penglibatan pelajar dalam aktiviti politik luar kampus dan menyatakan bahawa pelajar universiti tidak boleh menjadi ahli parti politik atau mengambil bahagian dalam kegiatan politik semasa berada di kampus telah dipinda dan akhirnya mahasiswa telah dibenarkan untuk berpolitik.
Malah kini sudah ada juga yang menjadi calon dalam pilihan raya. Ini sebenarnya membuktikan AUKU mampu berevolusi sesuai dengan keperluan zaman ini.
Terbaharu, bacaan pertama bagi pindaan AUKU telah dibentangkan dalam Dewan Rakyat baru-baru ini. Pindaan kali kelapan itu bakal memberikan kebebasan yang lebih besar buat mahasiswa.
Ia merangkumi kebebasan untuk pelajar menguruskan wang, penubuhan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar bagi menggantikan kuasa Naib Canselor sebagai pihak berkuasa tatatertib dan tempoh pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebagaimana hasrat untuk memperkasakan mahasiswa di universiti ke arah autonomi pengurusan organisasi yang lebih besar.
Membangun kematangan dan mengurus kedewasaan
Mengimbau semula kenyataan oleh Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada amanat tahun baharu beliau Januari lalu yang menggariskan 11 fokus utama hala tuju kementerian dan agenda yang ke-11 adalah agenda pemerkasaan mahasiswa.
Agenda pemerkasaan mahasiswa adalah aspek besar buat semua mahasiswa di negara ini dengan fokus bagaimana untuk melahirkan individu yang bersifat lebih matang dalam menguruskan organisasi dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan sebagai persiapan menghadapi cabaran alam kedewasaan masa depan.
Ini juga seiring dengan keupayaan mahasiswa untuk lebih bebas bersuara dan dalam masa sama bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara.
Namun begitu, persoalan yang bakal timbul adalah, adakah mahasiswa sudah bersedia dalam mengambil tanggungjawab yang bakal diberikan ini. Dalam konteks menguruskan organisasi secara lebih besar dan dengan adanya tanggungjawab menguruskan kewangan yang baharu selepas pindaan ini bermaksud mahasiswa juga perlu bersedia untuk menghadapi apa sahaja akibat yang bakal ditanggung sekiranya gagal menguruskan dengan baik.
Ujian dalam pelbagai bentuk akan mula muncul seperti penyalahgunaan kuasa dan wang.
Bila berbicara soal meguruskan kewangan, sudah pastinya akan menjadi satu perdebatan yang besar apabila kuasa sebesar ini diberikan kepada golongan mahasiswa yang mungkin tidak mempunyai asas dalam bidang kewangan apatah lagi tidak mempunya pengalaman dalam menguruskannya.
Bagaimapun, saya secara peribadi berpandangan bahawa sekiranya peluang ini tidak diberikan kepada mahasiswa, sampai bila kita akan menyekat potensi yang mungkin ada pada mereka untuk belajar cara mengurus yang lebih baik dan dalam masa yang sama membentuk satu nilai integriti lebih besar untuk mereka tanam di dalam diri sehingga ke alam pekerjaan pada masa akan datang.
Kepercayaan dan dorongan perlu diberikan kepada mahasiswa untuk menguruskan dengan lebih baik. Perlu juga diadakan sesi libat urus dan tunjuk ajar secara berkala daripada pihak berkenaan, sebagai contoh, pegawai kewangan atau penolong pentadbir di universiti bagi menerangkan kaedah dan prosedur yang sepatutnya.
Pemerkasaan mahasiswa bukan lagi retorik
Harapan saya adalah untuk melihat pindaan kepada AUKU 1971 yang baharu ini dapat membuka satu lagi lembaran baru ke arah mencapai pemerkasaan mahasiswa secara total dan bukanlah lagi retorik semata-mata.
Semua universiti dan kepimpinan pelajar seharusnya mengambil pindaan ini sebagai satu perubahan yang serius serta dilaksanakan segera demi mencapai autonomi besar mahasiswa.
Saya juga berharap tiada lagi pihak universiti cuba untuk menghalang pemerkasaan kepada mahasiswa ini dan tidak ada juga suara-suara mahasiswa yang masih lagi tidak berpuas hati terhadap sekatan pada AUKU 1971 kerana ia adalah kebebasan yang cukup signifikan.
Saya juga positif agar semua pemimpin mahasiswa akan datang berupaya membawa dan memikul tanggungjawab ini sebaiknya kerana ruang dan peluang telah diberikan, tinggal lagi untuk kita laksanakanya dengan jaya.
Semoga dengan pindaan ini, agenda pemerkasaan mahasiswa yang dilaungkan terus mencipta sejarah. Membangun mahasiswa demi masa depan negara.
* Amsyar Hadie Wan Mahadi merupakan Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Kolumnis AWANI
Tue Nov 28 2023
Semua universiti dan kepimpinan pelajar seharusnya mengambil pindaan ini sebagai satu perubahan yang serius serta dilaksanakan segera demi mencapai autonomi besar mahasiswa.
Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).
MOT terus bekerjasama dengan SPRM banteras isu integriti
MOT akan terus bekerjasama dengan SPRM bagi membanteras isu integriti melibatkan kenderaan yang tidak mematuhi standard yang diluluskan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
#AWANInews
#AWANInews
MOT sedang menilai syarikat lain untuk lesen pemeriksaan kenderaan
Kementerian Pengangkutan sedang menilai permohonan syarikat lain untuk diberikan lesen untuk melaksanakan fungsi pemeriksaan berkala kenderaan bermotor secara bertauliah. #AWANInews
MAVCOM jangka trafik penumpang udara kembali kepada waktu pra-COVID
Trafik penumpang udara Malaysia dijangka akan mencapai di antara 105.8 juta hingga 112.9 juta tahun ini dan pergerakan penumpang akan kembali kepada waktu sebelum penularan COVID-19.
#AWANInews
#AWANInews
U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya
CIMB telah menyediakan pembiayaan RM1.2 bilion pada 2021, dinaikkan kepada RM1.4 bilion pada 2023.
AWANI Ringkas: Tempoh perbicaraan rakyat Malaysia1501
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelaburan KWSP dalam MAHB untuk sokong pembayaran dividen
Keputusan pelaburan KWSP termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham MAHB adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli.
Adobe Photoshop uji ciri suntingan bersama
Ciri ini berfungsi seperti Google Docs, di mana anda boleh melihat tindakan penyunting lain secara langsung.
Terbuka India: Soon Huat-Shevon Lai mara, mudah tewaskan pasangan Indonesia
Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila menewaskan lawan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati dalam Badminton Terbuka India.
Bekas jurutera rugi lebih RM9 juta terperdaya pelaburan kripto tidak wujud
Seorang bekas jurutera mendakwa kerugian RM9.47 juta selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud secara dalam talian, bermula Oktober tahun lepas.
Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini
Perkeso bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk