MAKKAH: Wanita yang memakai pelitup muka ketika berada dalam ihram tidak perlu membayar dam, kata Pengarah Operasi Bimbingan Lembaga Tabung Haji (TH) Tengku Aziz Raja Abdullah.
Beliau berkata ia merupakan keputusan yang dicapai menerusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-37 sempena musim haji tahun ini berikutan timbul beberapa persoalan mengenai pemakaian pelitup muka yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika ini.
Tengku Aziz berkata semasa wabak melanda, pemakaian pelitup muka yang diarahkan oleh pihak berkuasa bagi wanita adalah diharuskan dan tidak berdosa.
"Menutup muka dalam masa ihram mengikut hukum asalnya bagi lelaki tiada masalah dan tidak dikenakan dam, bagi wanita jika dia menutup muka maka akan dikenakan dam kerana ia larangan dalam ihram.
"Jadi timbul persoalan apabila musim wabak, sebagaimana yang kita putuskan dalam muzakarah haji iaitu sekiranya pelitup muka itu diarahkan oleh pemerintah dan terpaksa setiap orang mesti memakai pelitup muka kerana wabak maka ketika itu hukumnya akan jadi harus dan tidak dikenakan dam," katanya.
Tengku Aziz berkata demikian ketika ditemui pemberita di bangunan penginapan dan pengurusan TH di Abraj Al Janadriah susulan timbul pendapat berbeza berkaitan larangan terkini kerajaan Arab Saudi yang mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka dan tertutup.
Dam ialah satu daripada kaedah untuk menyempurnakan ibadah haji dan umrah di atas sebab-sebab tertentu.
Bagi memastikan semua jemaah haji memperoleh maklumat tepat berhubung perkara itu, pihaknya telah mengarahkan semua pembimbing yang bertugas di bawah TH memaklumkannya menerusi sesi kursus serta ceramah di tanah air dan Tanah Suci.
Menurut Tengku Aziz, perkembangan itu mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, berdasarkan arahan daripada kerajaan Arab Saudi.
Dalam perkembangan lain, seramai 200 petugas mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin malam tadi, bagi mendoakan agar urusan menyambut ketibaan 295 jemaah di Makkah, kira-kira 8 malam ini waktu Arab Saudi dipermudahkan.
Seramai 14,306 jemaah Malaysia akan menunaikan haji pada tahun ini dengan 48 penerbangan, iaitu yang terakhir pada 2 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022
Semasa wabak melanda, pemakaian pelitup muka yang diarahkan oleh pihak berkuasa bagi wanita adalah diharuskan dan tidak berdosa. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Tiada dam untuk wanita yang pakai pelitup muka ketika ihram
Wanita yang memakai pelitup muka ketika berada dalam ihram tidak perlu membayar dam, kata Pengarah Operasi Bimbingan Lembaga Tabung Haji (TH) Tengku Aziz Raja Abdullah.