Siasatan polis mendapati tidak wujud cubaan untuk menculik pelajar sekolah di Batu Berendam dan Ayer Keroh seperti diviralkan di media sosial baru-baru ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Kamaluddin Kassim.
Beliau berkata polis ada menerima laporan berhubung cubaan culik berkenaan namun hasil siasatan serta soal siasat terhadap pembuat laporan dan individu yang didakwa cuba diculik mendapati kejadian itu tidak wujud.
"Satu daripada kes berkenaan polis dapati kanak-kanak yang didakwa cuba diculik sebenarnya berasa takut dengan seorang pemotong rumput yang bertopeng," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penyebaran berita dan laporan polis menerusi Facebook dan WhatsApp berhubung dua cubaan culik pelajar sekolah berkenaan.
Sehubungan itu beliau menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang kejadian atau kes jenayah sebelum siasatan polis selesai bagi menjaga ketenteraman awam.
"Orang ramai dinasihatkan menghubungi polis untuk mendapatkan kepastian tentang sesuatu kes dan bukannya menyebarkan berita yang diperoleh sewenang-wenangnya.
"Polis Melaka memberi jaminan bahawa keselamatan masyarakat di negeri ini adalah keutamaan kami," katanya.
Bernama
Thu Feb 04 2016

Polis ada menerima laporan berhubung cubaan culik berkenaan namun hasil siasatan mendapati kejadian itu tidak wujud. -Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
Dua beradik yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 PLUS arah utara Isnin lepas, telah dibenarkan keluar dari hospital.

40 lokasi di Melaka dijangka terima liputan 5G September ini
Pelaksanaan rangkaian 5G oleh K-KOM melalui DNB itu akan diperluas melalui penggunaan perabot jalan seperti tiang lampu jalan.

Peniaga ke tali gantung, pijak kepala lelaki tidak dikenali sehingga maut
Mangsa telah dipijak selama seminit di bahagian kepala oleh tertuduh selepas lelaki itu tidak berpuas hati dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh mangsa.

Penyelia syarikat didakwa memandu dalam keadaan mabuk, sebabkan kematian
Lee Han Wee mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kemalangan maut, akhir bulan lalu.

Polis siasat pihak sebar tuduhan pemimpin politik Melaka terbabit serangan seksual
Polis telah menerima dua laporan berkaitan penyebaran mesej berkenaan.

Ayer Keroh, Alor Gajah dan Jasin bakal dibangunkan bagi pelancongan berasaskan eko, agro
Inisiatif dijalankan bagi menambah produk pelancongan dan mengalihkan tumpuan pelancong yang tertumpu di pusat bandar yang kini semakin sesak ke luar bandar.

Ingkar PKPP: 'Datuk Seri', 'Datuk' ditahan selepas bergelut dengan polis
Kesemua mereka yang berusia 27 hingga 41 tahun didakwa tidak berpuas hati selepas pihak polis ingin melakukan pemeriksaan terhadap mereka.

Tumbuk, bawa lari kereta polis, cubaan melanggar: Lelaki mengaku tidak bersalah lima pertuduhan
Tertuduh didakwa cuba membunuh seorang anggota polis yang boleh menyebabkan kematian dengan memandu laju sebuah kereta polis.

8 tahun rogol anak, pemandu teksi kini direman
Seorang pemandu teksi direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas dipercayai merogol anak kandungnya yang kini berusia 14 tahun.

Rogol berkumpulan: Dua beradik dihadapkan ke mahkamah
Dua beradik A. Gunasekaran dan A. Sarawanankumar, serta rakan mereka, K. Dinesh, didakwa merogol seorang remaja perempuan pada 28 Feb lalu.