TIGA bandar di Melaka iaitu Ayer Keroh, Alor Gajah dan Jasin bakal dibangunkan bagi pelancongan jenis eko dan agro.
Ia sebagai usaha kerajaan Melaka untuk memperhebatkan lagi jenis-jenis produk pelancongan di negeri itu serta untuk menyemarakkan jumlah pelancong ke daerah-daerah lain di negeri itu.
Sektor pelancongan yang menyumbang 48 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kepada Melaka, semestinya mengharapkan sektor pelancongan untuk terus berkembang sekaligus mengangkat juga komuniti serta pengusaha produk pelancongan ini.
Tourism Melaka selaku badan pelaksana segala program dan inisiatif pelancongan negeri, mengenal pasti 13 subsektor pelancongan untuk ditawarkan kepada pelancong.
Jelas Pengurus Besar Tourism Melaka, Sa'ari Basiron, usaha yang dijalankan ini melihat kepada potensi bandar itu yang mempunyai produk pelancongan menarik serta tidak menumpukan semata-mata produk pelancongan di kawasan bandar seperti Bandar Hilir.
"Inisiatif ini dijalankan untuk kita tambah produk pelancongan dan yang pasti untuk kita alihkan tumpuan pelancong yang tertumpu di pusat bandar ke luar bandar untuk menikmati pelancongan jenis eko dan agro ini.
"Ia juga sebagai usaha untuk kita bangunkan setiap daerah ini yang boleh membawa limpahan ekonomi kepada komuniti setempat," jelas Sa'ari dalam temu bual dalam program Poskod@Awani.
Melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka, Ayer Keroh sebagai contoh akan dibangunkan untuk produk pelancongan berasakan eko dan agro (kluster bandar).
Bagi kawasan luar bandar iaitu Alor Gajah yang merangkumi kawasan Tanjung Tuan, Kuala Linggi, Pengkalan Balak dan Pantai Kemunting akan dibangunkan dalam jangka masa panjang melihat kepada potensi yang ada di kawasan berkenaan.
Bagi kawasan Jasin, Air Terjun Asahan akan dibangunkan dengan infrastruktur yang mampan bagi keselesaan pengunjung untuk berekreasi.
KESAN COVID-19 KEPADA PELANCONGAN DI MELAKA
Sebagai negeri yang bergantung harap kepada sektor pelancongan, semestinya penularan COVID-19 memberi impak besar.
Mana tidaknya, jika sebelum ini sasaran bagi ketibaan pelancong ke negeri itu adalah 20 juta bagi tahun 2020 termasuk pelancong domestik dan antarabangsa, kini berkemungkinan tidak dapat direalisasikan.
Maka, sasaran baharu bagi ketibaan pelancong ke negeri Melaka tahun ini kini dijangka hanya 5.6 juta sehingga hujung tahun ini.
"Sewaktu PKP berkuat kuasa, 95 peratus penginapan hotel, chalet serta rumah inap desa tidak dapat beroperasi menyebabkan industri pelancongan lumpuh.
"Setelah rentas negeri dibenarkan sejak Jun melalui PKP Pemulihan, sehingga Jun 2020, kita rekodkan 3.01 juta pelancong bermalam di Melaka. Dan kita terus harapkan untuk tempoh suku ketiga dan keempat ini jumlah itu dapat konsisten supaya sasaran 5.6 juta pelancong dapat direalisasikan," katanya.
DIGITALISASI PELANCONGAN DI MELAKA
Bergerak ke hadapan, COVID-19 ini sebenarnya mempercepatkan proses untuk semua industri beralih kepada digitalisasi dengan menggunakan platform secara atas talian.
Dari segi promosi produk pelancongan sehinggalah pembayaran tanpa tunai.
Itu pendekatan yang dibawakan kerajaan Melaka untuk menerapkan peralihan digitalisasi ini dalam kalangan pengusaha serta pengujung yang datang ke Melaka.
Satu aplikasi 'Melaka Excess' dibangunkan dengan menerapkan ciri pembayaran tanpa tunai atau 'cashless' ini yang boleh digunakan di operator pelancongan berdaftar di negeri itu.
"Sehingga kini kita sudah menerima pendaftaran 900 operator terdiri daripada produk pelancongan sama ada premis makanan, muzium, kedai dan sebagainya.
"Bagi pengguna yang pertama kali mendaftar, RM10 akan dikreditkan ke akaun mereka sebagai saguhati dan seterusnya mereka boleh menambah nilai dan menggunakan untuk pembelian seterusnya," kata Sa'ari.
Tambahnya, konsep yang digunakan ini juga sebagai langkah proaktif kerajaan negeri untuk menggalakkan pengguna dan pemilik premis pelancongan mematuhi penjarakan fizikal dan SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Hafizi Rosli
Sun Oct 04 2020

'River cruise' di Melaka antara produk pelancongan utama yang boleh dinikmati pelancong apabila ke Melaka - Astro AWANI/Instagram @hamztravels
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Trudeau umum pembangunan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Kanada
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan pada Rabu yang Kanada sedang membangunkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di koridor Toronto-Quebec City.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
KDNK seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024.

Disiplin fiskal kerajaan MADANI tingkatkan keyakinan pelabur
Disiplin fiskal kerajaan MADANI berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus pada 2024.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal kukuh 4.9 peratus pada 2025
Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kekal kukuh pada 4.9 peratus bagi tahun ke tahun pada 2025.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lepas.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.