KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan tiada campur tangan politik dalam kes rasuah yang dikendalikan agensi penguatkuasaan itu termasuk dalam kes berprofil tinggi.
Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Azam Baki menegaskan integriti dan nama baik SPRM dalam menjalankan fungsinya akan terjejas sekiranya wujud campur tangan pihak tertentu.
Beliau menjelaskan dalam usaha membina negara bangsa, campur tangan politik dalam tugas badan penguat kuasa di negara ini tidak sepatutnya berlaku.
“Saya pastikan tiada campur tangan (politik) dan belum ada pengalaman begitu dalam kerja-kerja kami. Sebarang campur tangan akan menjejaskan kerja kami dan kami akan menjadi satu pasukan tidak amanah dan sudah tentu akan menjejaskan nama baik kerajaan itu sendiri... ini tidak berlaku pada zaman kita."
Beliau berkata demikian sebagai panel jemputan dalam program Soal Rakyat TV3 yang mengupas topik ‘Kartel Projek Merugikan Rakyat’ di sini, malam tadi.
Katanya, pada zaman ledakan teknologi maklumat kini, pendedahan maklumat begitu telus dan masyarakat sering memerhatikan sebarang tindak tanduk pihak berkuasa.
Dalam perkembangan lain, beliau menggesa kerajaan supaya disegerakan penggunaan kamera badan bagi pegawai dan anggota penguat kuasa dalam usaha membendung jenayah rasuah selain memelihara integriti anggota penguat kuasa.
"Saya rasa sudah sampai masanya penguat kuasa memakai kamera badan yang boleh disambungkan kepada sistem berpusat, jadi kurang rasanya kalau mereka mahu bertindak di luar batasan sebagai penguat kuasa ketika menjalankan operasi,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata proses perbincangan berkenaan perolehan kamera badan dan peralatan renjatan elektrik kini di peringkat akhir.
Tahun lepas, PDRM memaklumkan telah memohon sebanyak 1,300 kamera badan dan 1,000 senjata baharu tidak membawa maut atau 'non lethal weapon' menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dijangka dibentangkan di Parlimen, pada tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 10 2021
AZAM: Sebarang campur tangan akan menjejaskan kerja kami dan kami akan menjadi satu pasukan tidak amanah dan sudah tentu akan menjejaskan nama baik kerajaan itu sendiri.
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Siapkan projek fasa 1B lebuhraya Pan Borneo ikut jadual
Kontraktor projek lebuhraya Pan Borneo Sabah yang baru menerima surat lantikan untuk memulakan kerja bagi fasa 1B diberi amaran awal supaya memastikan projek berjalan lancar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri
Kerajaan melalui SPNB komited menyediakan perumahan mampu milik, khususnya untuk golongan B40, sebagaimana terbukti dalam RMK-12.
[TERKINI] Sultan Pahang perkenan fatwa GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
AWANI Ringkas: Media sosial - Ini ingatan daripada KSN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Syarikat pembinaan perlu ada sijil ISO antirasuah dalam tempoh dua tahun - SPRM
Syarikat sektor pembinaan di negara ini diingatkan untuk memiliki pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah ISO 37001 (ABMS) dalam tempoh dua tahun dari sekarang.
SPRM siasat syarikat warga Bangladesh terlibat sindiket 'counter setting'
Azam berkata syarikat ini dikesan membawa masuk pekerja dari Bangladesh secara tidak sah, dengan menyamar sebagai pelancong.
SPRM tidak terlibat siasatan GISB - Azam Baki
SPRM menegaskan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam siasatan terhadap Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.
"Counter setting": Imigresen teliti, laksana reformasi proses kerja - KP Imigresen
Jabatan Imigresen akan meneliti dan akan melaksanakan reformasi proses kerja serta penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh.
Pegawai imigresen kaunter KLIA dicadangkan tidak guna telefon bimbit - Azam Baki
Ia bagi memastikan sindiket 'counter setting' yang membawa masuk warga asing melalui 'laluan kaunter khas' tidak berulang.
SPRM jumpa wang tunai hampir RM800,000 dalam bilik tidur pegawai imigresen
SPRM mendedahkan hampir RM800,000 wang tunai dijumpai di bilik tidur dua pegawai imigresen yang terlibat dalam sindiket "counter setting".
Sindiket 'counter setting': 49 pegawai imigresen, seorang polis, 10 ejen ditahan - SPRM
SPRM menahan 50 penguat kuasa kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket yang membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara.
Op Pump: SPRM tunggu masa sesuai tahan dalang utama
Suspek dalam Op Pump itu masih berada di negara ini namun belum dapat ditahan kerana berhadapan masalah hubungan kerja dengan pihak berkuasa di Bangladesh.
Kes GISB: SPRM tidak lihat unsur rasuah dalam siasatan - Azam Baki
SPRM tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan PDRM terhadap rumah amal GISB.