MELAKA: Tiada lagi caj pemotongan ayam dikenakan kepada pengguna di Melaka selepas pelaksanaan pengapungan harga ayam bermula hari ini.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri Norena Jaafar berkata harga ayam yang dijual di pasar awam mahupun pasar raya seluruh negeri itu, yang mengikut timbangan bagi setiap kilogram, merupakan harga yang dicaj kepada pengguna.
"Hasil pemantauan di pasar awam hari ini rata-rata harga ayam segar adalah RM8.90 sekilogram termasuk pemotongan dan selepas pengapungan harga ia akan menjadi pasaran terbuka... mungkin boleh berlaku tawar-menawar harga antara pembeli dan peniaga namun ia terpulang kepada masing-masing, cuma tidak berlaku di pasar raya.
"KPDN Melaka juga memberi jaminan ayam yang dijual adalah bekalan ayam baharu dan segar walaupun tiada kenaikan harga barangan itu setakat ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan harga ayam di di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Bachang, di sini hari ini.
Norena berkata pegawai pemantau harga KPDN turut digerakkan ke semua pasar awam dan pasar raya di negeri itu setiap hari, bagi menjalankan pemantauan harga bekalan ayam.
Dalam pada itu, beliau berkata sehingga 31 Okt sebanyak 25,422 premis perniagaan meliputi peruncit, pemborong, pengilang dan peladang diperiksa di negeri itu.
Katanya sepanjang tempoh tersebut, pihaknya merekodkan 1,031 aduan rasmi berkaitan perihal harga barangan dan sebanyak lima aduan rasmi berkaitan ayam diterima atas pelbagai kesalahan.
"KPDN Melaka juga akan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan berterusan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011).
"Ia bagi memastikan tiada aktiviti pengambilan untung secara berlebihan dan manipulasi harga oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab melibatkan semua peringkat perniagaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023

Norena berkata pegawai pemantau harga KPDN turut digerakkan ke semua pasar awam dan pasar raya di negeri itu setiap hari, bagi menjalankan pemantauan harga bekalan ayam. - Gambar fail/Astro AWANI
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

45 rakyat Malaysia dakwa diperas ugut di konsert DWP Jakarta - Polis Indonesia
Kes itu dipantau rapi oleh badan luar seperti Suruhanjaya Polis Negara (Kompolnas) bagi memastikan ketelusan dan keadilan dalam siasatan.

Tiada caj pemotongan ayam di Melaka selepas pengapungan harga
Tiada lagi caj pemotongan ayam dikenakan kepada pengguna di Melaka selepas pelaksanaan pengapungan harga ayam bermula hari ini.

PRK Pelangai: Tiada aduan rasmi parti politik salah guna aset kerajaan - SPR
Tiada sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan penyalahgunaan jentera dan aset kerajaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai setakat ini.

Pengguna dinasihat buat aduan rasmi jika harga barang meningkat - KPDNHEP
Pengguna disarankan supaya menyalurkan aduan secara rasmi kepada KPDNHEP, jika terdapat sebarang kenaikan harga barangan secara drastik.

Pengadil perlu buat aduan rasmi kepada FAM - Stuart
FAM nasihat mana-mana pengadil tempatan yang masih berdepan masalah tunggakan elaun tugasan Liga Malaysia supaya tampil membuat aduan rasmi kepada badan induk itu.