KUCHING: Dua pengarah projek dibebaskan dengan jaminan selepas permohonan reman terhadap mereka ditolak Mahkamah Majistret Kuching hari ini berhubung dakwaan terlibat dalam kes tuntutan palsu berjumlah RM1.3 juta.
Majistret Zaiton Anuar dalam keputusannya, membebaskan individu berusia 43 dan 46 tahun hari ini yang disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Terdahulu, pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan reman tujuh hari terhadap kedua-dua bagi membantu siasatan lanjut.
Ia susulan tangkapan seorang pengarah urusan syarikat swasta yang disyaki terlibat pemalsuan tuntutan melibatkan pembinaan tebingan sungai bagi projek bekalan air bersih di Tanjung Manis pada tahun 2013.
Kedua-duanya ditahan pada jam sekitar 5.05 dan 5.50 petang Khamis di pejabat SPRM di sini.
BACA: Tuntutan palsu RM1.3 juta, pengarah urusan syarikat swasta direman
Difahamkan, kerja-kerja pembinaan bagi Riverbank Filtration (RBF) Pakej 1 bagi projek tersebut dilaksanakan tidak mengikuti spesifikasi kontrak dan terdapat tuntutan yang mengandungi butiran palsu.
Sehubungan itu, peguam mewakili suspek pertama berusia 43 tahun, Roger Chin dan Sim Hui Chuang berkata, sekiranya projek dilaksanakan adalah tidak mengikuti spesifikasi kontrak, ia merupakan kes sivil dan tidak melibatkan tuntutan palsu.
Katanya ia hanya membabitkan isu kecacatan pada projek dan pihak kontraktor boleh diarahkan untuk membaiki semula projek tersebut.
“Perkara ini telah dikemukakan kepada tribunal untuk diputuskan pada 11 Januari 2018 dan pihak tertentu sebaliknya telah diarahkan untuk membayar anak guam saya.
“Malah mereka juga boleh menyediakan kesemua dokumen lengkap kepada SPRM berhubung projek tersebut,” kata Roger ketika ditemui di luar mahkamah selepas prosiding.
Untuk itu, jelas Roger, tiada keperluan bagi SPRM untuk menahan reman kedua-dua lelaki terbabit.
Shafik Ahmad
Fri Apr 23 2021
Majistret Zaiton Anuar dalam keputusannya, membebaskan individu berusia 43 dan 46 tahun hari ini yang disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Tiada bukti tuntutan palsu, dua pengarah projek dibebas
Dua pengarah projek dibebaskan dengan jaminan selepas permohonan reman terhadap mereka ditolak Mahkamah Majistret Kuching berhubung dakwaan terlibat dalam kes tuntutan palsu berjumlah RM1.3 juta.