Ini kerana buku cek peribadi Ahmad Zahid dan Yayasan Akalbudi dipegang oleh setiausaha eksekutifnya ketika itu, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly.
Peguam, Hamidi Mohd Noh dalam hujahan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah di sini hari ini berkata daripada 52 cek tersebut, sebanyak 44 cek adalah berkait dengan cek dikeluarkan daripada YAB melalui akaun Affin Bank Berhad.
Mazlina katanya telah mengeluarkan cek yang telah ditandatangani Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lebih awal dan membawa cop yang terdapat tandatangan Ahmad Zahid tanpa pengetahuannya.
Hamidi dalam hujahannya turut membahagikan pengeluaran 52 cek itu kepada empat bahagian:
- Cek yang dicop. Cek tersebut tidak mempunyai tandatangan tulisan tangan tertuduh. Terdapat 32 cek seperti itu.
- Cek yang tidak dihantar untuk analisis tandatangan.
- Cek yang telah tertuduh tandatangan terlebih awal. Saksi Pendakwaan 90 (Mejar Mazlina) menggunakan cek yang telah ditandatangani lebih awal untuk membuat bayaran yang tidak diketahui tertuduh. Terdapat 10 cek seperti itu.
- Cek yang memiliki tanda tangan tertuduh yang memihak kepada penerima cek