Tiada bukti kukuh bangkai lumba-lumba yang ditemui mati di Pantai Tanjung Gelam pada Sabtu lepas (14 Dis) adalah yang sama diselamatkan sekumpulan tujuh pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dua hari sebelum itu.
Pensyarah Kanan Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohd Fazrul Hisam Abd Aziz berkata fakta tepat yang boleh mengesahkan perkara itu hanya boleh dibuat melalui bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Tanpa menyalahkan atau menafikan keputusan mana-mana pihak sebelum ini, beliau berpendapat bahawa tanpa forensik, 'tidak kukuh' untuk membuat keputusan apatah lagi pelajar UMT tidak sempat mengambil ukuran berat dan panjang ikan tersebut.
"Dalam keadaan cemas, pelajar terbabit tidak sempat mengambil ukuran panjang dan berat. Bagaimana boleh ia dikatakan ikan yang sama. Bedah siasat harus dilakukan dan pengesahan kematian harus berdasarkan fakta untuk memastikan bangkai itu adalah ikan yang sama diselamatkan pelajar UMT tersebut," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Pada 12 Dis lepas, tujuh pelajar jurusan Biologi Marin UMT menyelamatkan seekor lumba-lumba yang ditemui terdampar di pantai Tanjung Gelam dan mengangkat ikan itu ke kawasan lebih dalam namun haiwan itu terlalu lemah dan tidak berdaya menahan hempasan ombak yang terlalu kuat, tetapi akhirnya ia berjaya berenang semula ke lautan.
Bagaimanapun, dua hari selepas itu orang awam menemui bangkai lumba-lumba di sekitar lokasi yang sama dan ia kemudiannya disahkan oleh pihak tertentu bahawa bangkai tersebut adalah yang sama diselamatkan pelajar UMT sebelum itu, tanpa sebarang bedah siasat berikutan organ dalamannya sudah mereput.
Mengulas lanjut, Mohd Fazrul Hisam berkata meskipun kenyataan beliau agak pahit untuk diterima tetapi dalam bidang penyelidikan, tiada istilah yang boleh dirumuskan dengan 'mungkin' sebaliknya ia perlulah berdasarkan fakta.
"Kelestarian sumber perikanan hanya boleh direalisasikan berdasarkan fakta dan kajian saintifik secara menyeluruh. Ia teramatlah penting kerana kerjasama semua pemegang taruh untuk mencari titik kesamaan dalam menjaga sumber.
"Jikalau salah fakta dan diberikan tanpa kajian, kami risau akan memberi kesan sedikit sebanyak kepada cara pengurusan sumber perikanan secara mapan kelak. Biarlah masyarakat terdidik untuk mengkaji, menerima dan menyelidik berdasarkan fakta yang konkrit. Setiap kenyataan mengenai sumber perikanan harus berlandaskan fakta dan bukan 'mungkin'. Ia melibatkan nyawa hidupan marin," katanya.
Beliau sebelum ini telah menggunakan penduga gema untuk mengesan kehadiran ikan di perairan pantai UMT dan setakat ini terdapat 12 kumpulan lumba-lumba di sekitar perairan itu dengan minimum enam ekor untuk satu kumpulan.
Mohd Fazrul Hisam berkata kawasan UMT juga mempunyai pemecah ombak yang tinggi daripada batu-batuan ini. Ombak pula pada musim tengkujuh ini setinggi empat hingga enam meter. Pelbagai kecederaan boleh terjadi kepada hidupan marin sekiranya berada berdekatan pada kawasan pemecah ombak ini.
"Sifat ikan lumba-lumba pula mengesan makanan menggunakan bunyi. Pada musim ini juga, berlakunya julang air, iaitu makanan di dasar akan naik ke kawasan permukaan air. Ini menarik perhatian anak-anak ikan juvenil dan hidupan marin lain yang bergantung kepada hidupan 'benthic' atau plankton sebagai makanan," katanya.
Mohd Fazrul yang sebelum ini pernah membuat kajian mengenai stok ikan negara berkata sebarang kecederaan, punca dan apa sahaja pada mamalia marin yang terdampar haruslah disusuli dengan siasatan dan kecederaan boleh datang dari pelbagai sudut, luaran atau dalaman.
"Kecederaan luaran boleh datang dari segi persaingan, kecederaan dari peralatan perikanan, kipas bot, hentakan objek keras dan pelbagai lagi. Kecederaan dalaman pula boleh jadi daripada umpan pancing yang digunakan iaitu umpan pancing ini hilang dan ikan lumba-lumba tertukar dengan makanan hidup.
"Ini hanya sebagai contoh. Adakalanya hidupan marin ini mempunyai penyakit dalaman seperti ketumbuhan dan sebagainya. Namun tiada kenyataan harus diberikan tanpa bedah siasat dilakukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 18 2019
Gambar bangkai ikan lumba-lumba yang dirakam orang awam terdampar di Pantai Tanjung Gelam. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangkai ikan lumba-lumba ditemui terdampar di Pantai Ruat
APM menerima makluman mengenai penemuan bangkai ikan lumba-lumba itu daripada orang awam pada kira-kira 5 petang.
Tiada bukti bangkai lumba-lumba adalah yang sama diselamatkan pelajar UMT
Tiada bukti kukuh bangkai ikan lumba-lumba yang ditemui mati di Pantai Tanjung Gelam pada Sabtu lepas (14 Dis) adalah yang sama yang diselamatkan sekumpulan tujuh pelajar UMT.