SUNGAI PETANI: Fenomena air pasang besar yang diramal berlaku di kawasan Kuala Muda, di sini antara Selasa lepas hingga esok, setakat ini tidak membawa ancaman kepada penduduk khususnya di kawasan pantai di daerah itu.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Awang Askandar Ampuan Yaacub berkata berdasarkan pemantauan pihaknya, peningkatan paras air laut berlaku secara normal dan ia tidak mendatangkan risiko kepada penduduk.
"Pemantauan air pasang besar di Kedah ada dua tempat iaitu kawasan Kuala Muda dan Kuala Kedah dan tahun lepas ada kawasan terjejas ekoran fenomena itu tapi untuk kali ini ia diramalkan berlaku di Kuala Muda.
"Kita telah mengerahkan anggota ke lokasi yang dijangkakan berpotensi berlaku air pasang besar untuk ramalan kali ini dan berdasarkan laporan petugas di lapangan walaupun air pasang berlaku tetapi ia tidak begitu serius," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata pemantauan dilakukan di dua lokasi iaitu pantai Kota Kuala Muda dan pantai Tanjung Dawai dengan berpandukan maklumat hidrografi yang dikeluarkan Pusat Hidrografi Nasional serta Jadual Ramalan Air Pasang Surut Malaysia.
Katanya, pada pukul 2 pagi tadi aras air di kedua-dua lokasi itu dikesan naik ke sekitar 1.3 dan 1.5 meter iaitu bacaan normal dan tidak mencapai paras yang diramalkan iaitu 2.26 meter.
Awang Askandar berkata komuniti atau penduduk di kawasan pantai Kuala Muda tidak perlu bimbang dengan keadaan itu, namun mereka perlu sentiasa berwaspada untuk sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.
Pusat Hidrografi Nasional sebelum ini mengeluarkan amaran fenomena air pasang besar di pesisir pantai khususnya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia mulai 1 hingga 5 Februari.
Selain Kuala Muda, kawasan lain yang diramal berhadapan dengan fenomena itu adalah Pelabuhan Klang dan Sabak Bernam, Selangor; Bagan Datuk, Perak serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022
Menurut APM, peningkatan paras air laut berlaku secara normal dan ia tidak mendatangkan risiko kepada penduduk. - Gambar fail
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata jumlah kesalahan tertinggi yang dikenal pasti di Sarawak melibatkan kegiatan penyelewengan diesel serta penyeludupan minyak masak bersubsidi, khususnya di pintu sempadan negara.
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata kedudukan Sabah yang strategik berdekatan dengan kawasan ekonomi utama Asia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan yang ideal.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan di Sarikei
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.
Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.
Belanjawan 2025: Selangor peruntuk RM34.27 juta urus projek tebatan banjir
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM34.27 juta menerusi Belanjawan Selangor 2025 bagi memastikan keberkesanan pengurusan pembangunan projek tebatan banjir.
Nelayan melecur dalam kejadian bot terbakar meninggal dunia
Seorang nelayan yang melecur teruk dalam kejadian bot terbakar di pelantar ikan Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis pada Khamis lalu meninggal dunia pada Isnin.
Jauhi pantai, elak aktiviti laut di Pulau Pinang ketika fenomena air pasang besar - Chow
Kon Yeow berkata walaupun keadaan masih terkawal, namun pihaknya tidak dapat menjangkakan situasi dalam tempoh dua hari lagi.
Fenomena air pasang besar: Bandar Baharu sekali lagi dilanda banjir
Faktor kejadian banjir adalah disebabkan air limpahan dari Sungai Kerian terus yang tidak dapat turun ke laut terus memasuki rumah penduduk.
Penduduk Kuala Perlis berpesta sambut fenomena air pasang besar
Lebih 2,000 penduduk di Kuala Perlis seperti berada di dalam taman tema air mengambil kesempatan berpesta.
Air pasang besar: 30 rumah di Tanjong Karang terjejas
Kira-kira 30 rumah di Kampung Haji Razali, Tanjong Karang di Kuala Selangor terjejas berikutan limpahan air Sungai Tengi, susulan fenomena air laut pasang besar pagi tadi.
Air pasang besar: 20 mangsa banjir berpindah ke PPS
Kesemua mangsa termasuk dua warga emas dan seorang kanak-kanak ditempatkan di PPS Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) Kuala Perlis.
Kawasan pesisir pantai Sabak Bernam dilimpahi air pasang besar
Beberapa kawasan pesisir pantai, halaman rumah penduduk dan jalan di daerah Sabak Bernam dilimpahi air laut berikutan fenomena air pasang besar pada pagi Khamis.