KUALA LUMPUR: Sebuah kereta jenis Tesla yang diparkir di tepi jalan, secara tiba-tiba mengalami kebakaran di Jalan Puchong Jaya, Puchong, Selangor, malam tadi.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.32 malam.
Sehubungan itu, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, bomba mendapati ia melibatkan sebuah kereta jenis Tesla yang terbakar sebanyak 70 peratus dan tidak melibatkan mangsa.
"Kebakaran bagaimanapun berjaya dipadamkan bomba sepenuhnya dan diserahkan kepada pihak forensik untuk tindakan lanjut.
"Difahamkan, pemilik kenderaan itu parkir seketika untuk pergi makan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Mukhlis berkata, kes itu diserahkan kepada pihak forensik untuk siasatan lanjut.
Afiezy Azaman
Tue Oct 17 2023

Anggota bomba memadamkan api pada kereta Tesla yang secara tiba-tiba mengalami kebakaran di Jalan Puchong Jaya, Puchong, Selangor, malam tadi. - Foto Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Tesla diparkir tiba-tiba terbakar di Puchong
Kebakaran sebanyak 70 peratus itu, bagaimanapun, tidak melibatkan mangsa.