KUALA LUMPUR: Jenayah hidupan liar dan khazanah alam negara akan terus menjadi tumpuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha banteras kegiatan haram itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan ini akan ditangani dengan serius oleh Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.
Menurut beliau, polis menyokong usaha kerajaan melindungi dan memelihara khazanah negara serta mengukuhkan kedaulatan undang-undang di semua peringkat khususnya melibatkan jenayah alam sekitar.
"Operasi-operasi yang dijalankan oleh WCB/PSK bukanlah hanya tertumpu kepada usaha mengekang aktiviti penyeludupan hidupan liar sahaja.
"Namun, ia juga memberi fokus utama kepada khazanah alam negara yang dilihat semakin pupus,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau berkata, PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana terlibat dalam jenayah hidupan liar dan khazanah alam termasuk akan mengesan pemburu, orang tengah mahu pun pembeli.
Tambah Razarudin, beliau mengucapkan syabas kepada warga Jabatan KDNKA amnya dan WCB/PSK khasnya yang bertungkus-lumus berusaha melindungi serta memelihara khazanah negara.
"Masyarakat digesa membantu PDRM dalam menyalurkan maklumat agar hidupan liar dan khazanah alam sekitar dipelihara dapat dipelihara," ujarnya.
Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan WCB/PSK merekodkan rampasan bernilai RM1.6 juta membabitkan siasatan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) dalam operasi pada 1 hingga 5 Januari ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 06 2024

Razarudin berkata, PRDM menyokong usaha kerajaan melindungi dan memelihara khazanah negara serta mengukuhkan kedaulatan undang-undang di semua peringkat khususnya melibatkan jenayah alam sekitar.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Op Bersepadu Khazanah: Enam pemburu haram ditahan
Enam lelaki ditahan disyaki pemburu haram di Ladang Pongsoi Mukim Semantan, Lanchang, Pahang, Ahad lepas.

Padah miliki gading gajah
Miliki gading gajah dan dijadikan sebagai perhiasan konon sebagai lambang kemegahan hanya memakan diri selepas ditahan dalam serbuan pihak berkuasa di Taman Gasing Indah, di sini, Selasa lalu.

Pemburuan haram ialah jenayah terancang - TRAFFIC Asia Tenggara
Aktiviti pemburuan haram disifatkan sebagai jenayah terancang.

Hari Harimau Sedunia: Pupuskan pemburu haram, demi Harimau Malaya
Malaysia pernah memiliki 3,000 ekor harimau pada tahun 1950.

Sindiket jual daging, tulang harimau belang tumpas
Rangka dan tulang harimau belang dipercayai dalam proses untuk dijual kepada pembeli berjaya dirampas menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dekat dua lokasi di Rompin, Pahang pada Khamis.

'Terus gempur penjenayah hidupan liar, khazanah alam' - KPN
Jenayah hidupan liar dan khazanah alam negara akan terus menjadi tumpuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha banteras kegiatan haram itu.

6 pemburu haram ditahan hasil siasatan, penyamaran 10 tahun
Perhilitan menahan enam pemburu haram dan merampas senjata api, busur serta anak panah, selain haiwan buruan termasuk kijang, rusa dan pelanduk.

Laluan kenderaan di bawah jambatan hidupan liar Sungai Yu akan ditutup sepenuhnya
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan sepanjang lima kilometer di FT08 itu akan ditutup bagi menyekat akses kenderaan.

Tiga pemburu haram diberkas
Kesemua mereka yang merupakan warga tempatan ditahan kira-kira jam 7.30 petang.

Tiga anggota sindiket buru hidupan liar ditahan di Perak
Polis berjaya menahan tiga lelaki dipercayai memiliki dan menjual hidupan liar tanpa lesen dan pemilikan senjata api buatan sendiri dalam serbuan berasingan di Perak semalam dan kelmarin.