Kebaikan rakyat tempatan yang memberi layanan seperti saudara sendiri merupakan antara sebab pensyarah dari Indonesia, Prof Madya Dr Setyawan Widyarto jatuh cinta dengan negara ini.
Lebih menarik, Setyawan terpikat dengan Malaysia sebelum beliau datang ke negara ini lagi.
"Ketika itu saya di United Kingdom menyambung pengajian peringkat sarjana. Di sana, isteri telah melahirkan anak kedua kami.
"Apa yang buat saya rasa tersentuh apabila rakan-rakan dari Malaysia bergilir-gilir memasak untuk keluarga kami. Walaupun saya belum tinggal di Malaysia, saya sudah rasa tersentuh dengan kebaikan rakyatnya," katanya dalam Wacana Sinar Harian ke-122 bertajuk 'Malaysia Dari Kaca Mata Mereka' yang berlangsung hari ini.
Menurut Setyawan, selepas itu dia pulang ke Indonesia sebelum dihubungi rakan dari Malaysia yang menawarkannya melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
"Saya tidak fikir panjang untuk terima tawaran itu. Sejak itu saya terus menetap di Malaysia," katanya.
Setyawan yang kini bertugas sebagai Dekan Pusat Pengajian Siswazah Unisel berkata, peluang di Malaysia lebih banyak kerana disokong infrastruktur yang baik.
"Di mana-mana tempat pun perlukan keseimbangan. Dari situlah perlu ada toleransi dan timbang rasa.
"Bagi saya, Malaysia adalah contoh yang baik kerana ramai orang boleh berjaya asalkan mereka merebut peluang itu dan patuh pada peraturan di sini," katanya.
Beliau juga berpendapat yang Malaysia boleh menjadi negara khalifah kerana sistem pendidikan bukan saja meliputi akademik, tetapi turut menekankan nilai-nilai murni dan adab.
Selain Setyawan, wacana ini turut menampilkan pensyarah kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ibrahim Fahad Sulaiman dan Duta Pelancongan Negeri Terengganu, Mat Dan.
Manakala, Fariha Onn bertindak sebagai moderator.
Sinar Harian
Tue Aug 27 2019
Saya rasa tersentuh apabila rakan-rakan dari Malaysia bergilir-gilir memasak untuk keluarga kami, kata Setyawan. - Foto Sinar Harian
Fadillah mahu diaspora Malaysia di Laos teroka sektor tenaga boleh baharu
Setiap negara anggota ASEAN kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan penghasilan TBB dan tenaga bersih.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.
KBS rancang hantar atlet pelapis ke lebih banyak kejohanan antarabangsa
KBS sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan mengenai cara meningkatkan pembiayaan bagi sukan dan menggalakkan sektor korporat melabur.
Kekurangan penerbangan ke dan dari Labuan disebabkan 'faktor muatan' - Hasbi
Walaupun MoT berkuasa luluskan penerbangan baharu atau tambahan atas permintaan, keputusan akhir terletak pada syarikat penerbangan komersial.
Malaysia mampu jadi hab perkhidmatan serantau untuk firma global - Tengku Zafrul
MITI komited untuk terus memupuk bakat, mengukuhkan hubungan dagangan selain memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju hab pembuatan dan perkhidmatan.
LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
Durian segar Malaysia boleh dinikmati pengguna China dalam tempoh 36 jam
Bagi golongan pengguna China, durian segar lebih sedap dan rasanya lebih halus berbanding dengan durian sejuk beku.
Pasangan panda gergasi tiba di Hong Kong
Sepasang panda gergasi yang dihadiahkan oleh kerajaan pusat kepada Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pagi Khamis.
Ribuan berkabung, beri penghormatan akhir untuk mangsa kebakaran
Orang ramai berkumpul di hadapan barisan keranda putih pada Khamis semasa upacara peringatan untuk 21 kanak-kanak yang meninggal dunia dalam kebakaran sekolah asrama di Kenya awal bulan ini.
Korea Selatan bakal laksanakan RUU larang deepfake,hukuman maksimum
Penggubal Undang-Undang Korea Selatan pada Khamis telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang menjenayahkan pemilikan atau menonton rakaman deepfake lucah, termasuk hukuman penjara dan denda.
Gempa bumi kuat landa Semenanjung Minahassa, Sulawesi
Pusat gempa bumi itu terletak 0.1 Selatan dan 122.9 Timur dengan kedalaman 144 km iaitu 75km Selatan dari Gorontalo, Indonesia.
Diplomat termasuk wakil Indonesia, terselamat dalam serangan bom di Pakistan
Kuasa Usaha Kedutaan Besar Indonesia di Islamabad, Rahmat Hindiarta disahkan selamat selepas kejadian di jalan menuju ke Malam Jabba itu.
Debat asal usul batik, netizen Malaysia-Indonesia masih 'bertempur' di alam maya
Sejurus menerima hadiah baju batik daripada peminat, IShowSpeed bertanya kepada pemandu pelancongnya berhubung negara asal batik.
Gempa bumi 4.9 pada skala Richter landa Bandung, akibatkan kerosakan
Gempa bumi 4.9 pada skala Richter yang melanda Kabupaten Bandung, Jawa Barat mengakibatkan kerosakan kepada kediaman dan kemudahan awam.
Tumbuk pengadil, tiga kad merah hiasi drama aksi Aceh bertemu Sulawesi Tengah
Tempoh 90 minit perlawanan disulami aksi panas susulan kekasaran demi kekasaran kerap berlaku sehingga mencipta pelbagai drama sensasi.
Gempa bumi 5.7 pada skala Richter landa barat Indonesia
Kekuatan gempa bumi tercatat pada III MMI (Modified Mercalli Intensity) di daerah Tapanuli Tengah dan bandar Gunungsitoli.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mata wang kripto Indonesia Indodax digodam, rugi AS$20 juta
Agensi Pengawalseliaan Perdagangan Komoditi Berjangka (Bappebti) menasihatkan para pelabur untuk kekal tenang dan tidak panik.
Terbuka Hong Kong: Sze Fei-Izzuddin kandas di pusingan 16, tewas kepada Shohibul Fikri-Daniel Marthin
Pertemuan kali pertama antara kedua-dua pasangan itu menyaksikan wakil Indonesia melakar kebangkitan untuk ke peringkat suku akhir esok.
Indonesia bawa pulang satu mata dari Jeddah
INDONESIA membuka gelanggang kempen Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia dengan nada menyakinkan apabila mengikat gergasi Asia, Arab Saudi, 1-1 di Stadium Raja Abdullah, Jeddah.