KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan rawatan dan pemulihan digalakkan menerokai kaedah baharu yang boleh meningkatkan keberkesanan pemulihan termasuk penggunaan aplikasi telefon pintar.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kaedah itu antara lain, dapat memberi sokongan kepulihan dengan menyediakan maklumat mengenai tracking sobriety, mekanisme daya tindak menghadapi relaps dan menjalinkan pengguna dengan kumpulan sokong bantu.
"Kita seharusnya tidak mengetepikan hak klien untuk mendapat rawatan dan pemulihan pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada. Selain itu, penggunaan aplikasi seperti tele-kaunseling, sokongan kumpulan secara maya dan forum dalam talian (boleh diterokai)," katanya.
Saifuddin Nasution berkata demikian dalam teks ucapan yang dibaca Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada Program Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2023 di sini hari ini.
Beliau berkata penggunaan peranti boleh pakai seperti jam tangan pintar dan penjejak kecergasan juga boleh digunakan untuk memantau tanda-tanda vital dan aktiviti fizikal seseorang selain datanya digunakan untuk menilai dan memantau tahap kesihatan dan risiko penagih dadah untuk relaps.
Menurut Saifuddin Nasution, penggunaan peralatan biomaklumbalas dan Functional MRI (fMRI) pula boleh memberi gambaran objektif tentang impak sesuatu intervensi yang dilaksanakan terhadap klien iaitu dari segi tindak balas dan perubahan fisiologi badan.
"Perubahan ini boleh diukur dan dipantau secara berterusan sepanjang klien mengikuti program rawatan dan pemulihan. Sekiranya berlaku perubahan positif, maka intervensi tersebut boleh diteruskan namun jika berlaku sebaliknya, pengubahsuaian perlu dibuat terhadap modul intervensi yang digunakan," katanya.
Beliau juga menggalakkan kajian dalam bidang pharmacogenomics pada masa hadapan untuk memberi maklumat genetik dan risiko kemungkinan penglibatan individu dalam penggunaan dadah bagi memudahkan penyediaan rancangan pemulihan yang bersesuaian dan berkesan.
Saifuddin Nasution berkata pada masa ini, realiti maya (VR) juga telah digunakan sebagai satu daripada teknologi terkini yang dapat memberi pendedahan serta mekanisme rawatan dan pemulihan penagihan dadah yang baharu.
"Antara dapatan kajian lepas adalah simulasi VR yang berulang boleh mengurangkan tindak balas psikofisiologi mengenai rasa gian terhadap dadah dalam kalangan responden," katanya.
Terdahulu, Abdul Halim turut merasmikan Tabung Kemanusiaan Palestin Perkhidmatan Awam KDN dalam program berkenaan.
Turut hadir Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Sutekno Ahmad Belon dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023

Saifuddin berkata kaedah itu antara lain, dapat memberi sokongan kepulihan dengan menyediakan maklumat mengenai tracking sobriety, mekanisme daya tindak menghadapi relaps dan menjalinkan pengguna dengan kumpulan sokong bantu. - Gambar fail/Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Teroka kaedah baharu sokong pemulihan dadah - Saifuddin Nasution
Penyedia perkhidmatan rawatan dan pemulihan digalakkan menerokai kaedah baharu yang boleh meningkatkan keberkesanan pemulihan termasuk penggunaan aplikasi telefon pintar.

COVID-19: Penyelidik Sweden gigih cipta vaksin, tetapi hanya akan siap 2021
Penyelidikan di Institut Perubatan Karolinska di Stockholm itu membina kaedah baharu tanpa menggunakan virus COVID-19 di makmal.

Ubah cara tambah pendapatan, guna pakai kaedah pertanian baharu - PM
Menurut Perdana Menteri, masyarakat luar bandar kekal miskin kerana mereka masih menggunakan cara lama dalam kegiatan ekonomi harian.

Pengamal media menuju era media konvergen dalam pemberitaan
Kursus bertujuan melengkapkan pengamal media dengan kemahiran dan pengetahuan khusus dalam penggunaan telefon pintar, aplikasi dan gadget dalam penghasilan pelbagai bentuk berita dengan lebih pantas.