SHAH ALAM: Ternakan lembu dan kerbau di Selangor akan diberikan tanda pengenalan bagi memudahkan proses pengesanan pemilik serta pendakwaan di mahkamah sekiranya berlaku kemalangan membabitkan haiwan berkenaan yang berkeliaran.
Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Izham Hashim berkata perkara berkenaan antara tiga komponen diteliti dalam pemindaan Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 yang ketika ini dianggap mempunyai kelemahan dalam menangani hal itu.
"Isu lembu rayau (berkeliaran) ini isu besar dan penting yang harus diselesaikan dengan kita tidak boleh membiarkan lembu dan kerbau merayau sehingga memasuki pasar raya, hospital dan jalan raya.
"Memang kena buat 'tagging' (penandaan) sebab sekarang tidak ada peruntukan berkaitan dengannya.
"Pengenalan ini bukan sahaja dapat mengenal pasti pemilik tetapi boleh jadi bahan pembuktian di mahkamah (jika berlaku kes kehilangan nyawa akibat nahas jalan raya)," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Harrison Hassan (PN-Jeram) sama ada kerajaan negeri akan melakukan penandaan kepada haiwan ternakan susulan lebih 10 kes kemalangan maut berlaku di Jeram, Kuala Selangor sejak setahun lepas.
Izham berkata penambahbaikan itu akan dilakukan dari segi syarat pelesenan yang lebih teratur, penalti, bayaran serta kawasan bagi penternakan berkenaan.
Beliau berkata sekiranya pemohon yang juga penternak tidak mempunyai tempat khusus untuk menternak haiwan itu, kerajaan negeri menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) tidak akan mengeluarkan lesen.
"Semua pematuhan ini juga disertakan sekali terhadap Undang-Undang Kecil (UKK) di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.
Izham berkata kelemahan enakmen itu sedang diteliti menerusi draf pindaan yang disediakan JPV supaya tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan lebih teratur serta efektif dan dijangka dimuktamadkan sebelum 31 Dis 2024 selepas mendapat kelulusan dan kajian oleh Penasihat Undang-Undang Negeri.
"Selepas itu, kerajaan negeri akan melaksanakan sesi penerangan dan libat urus melibatkan pihak berkepentingan seperti pemimpin masyarakat, golongan penternak, beberapa jabatan serta agensi kerajaan dan sebagainya bagi tempoh enam bulan (moratorium) sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negeri.
"Selepas moratorium, lembu yang berkeliaran ini akan tangkap dan pemilik akan dikenakan tindakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024
IZHAM: Pengenalan ini bukan sahaja dapat mengenal pasti pemilik tetapi boleh jadi bahan pembuktian di mahkamah (jika berlaku kes kehilangan nyawa akibat nahas jalan raya). -Gambar fail/Bernama
Keputusan representasi gadis tekap sudu panas pada kanak-kanak tangguh lagi
Keputusan representasi gadis yang didakwa menekap sudu panas pada kanak-kanak ditangguh lagi.
Sabah Electricity terima tawaran bangunkan projek solar 15-MWAC
Sabah Electricity memperoleh tawaran pembinaan projek Large-scale Solar Photovoltaic sebanyak 15MW AC daripada Suruhanjaya Tenaga Sabah yang akan membantu meningkatkan margin rizab grid elektrik.
Malaysia, Singapura bantu bina hubungan dengan negara luar
Malaysia dan Singapura akan terus membantu antara satu sama lain membina hubungan hubungan lebih baik dengan negara luar.
Penghantar makanan mengaku simpan video, gambar lucah
Seorang penghantar makanan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan pilihan memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbitnya, dua tahun lalu.
Ribut musim sejuk landa AS, lebih 1,900 penerbangan dibatalkan
Cuaca buruk itu menyebabkan gangguan terhadap pengangkutan dan infrastruktur dengan hampir 70 juta orang berada di bawah amaran cuaca musim sejuk.
Sarawak perlu lebih 800,000 pekerja untuk ladang kepala sawit
Sarawak memerlukan lebih 800,000 pekerja di ladang kelapa sawit di seluruh negeri, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah negeri Datuk Seri Stephen Rundi Utom.
53 maut, 62 cedera akibat gempa bumi di Tibet
53 orang maut dan 62 yang lain cedera setakat ini akibat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda kawasan terpencil di Tibet, China.
Fokus pengawalseliaan dan inovasi teknologi secara kolektif
Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuka tirainya hari ini di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Remaja mengaku tidak bersalah tikam ibu saudara
Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa di atas pertuduhan mencederakan ibu saudaranya.
Pemandu, kelindan maut lori muatan besi terbabas ke dalam gaung
Dua maut setelah lori yang membawa muatan besi dinaiki mereka terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi 20 meter di Kilometer 42.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan.
Ternakan lembu, kerbau di Selangor ditanda, mudahkan kesan pemilik
Izham berkata penambahbaikan itu akan dilakukan dari segi syarat pelesenan yang lebih teratur, penalti, bayaran serta kawasan bagi penternakan berkenaan.