IPOH: Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang di Bagan Datuk belum boleh beroperasi meskipun sempadan negara dibuka bermula Jumaat ini.
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, kerajaan negeri memerlukan lebih masa untuk meneliti beberapa perkara terutama berkaitan aspek keselamatan.
"Setakat ini belum ada cadangan untuk buka (feri) kerana kajian ke atas beberapa perkara seperti kesesuaian masa dan keperluan-keperluan lain sedang dilaksanakan.
"Banyak aspek perlu dilihat dari segi keselamatan, kemudahan dan keperluan yang perlu diberi keutamaan.
"Kemungkinan (buka semula) itu ada setelah kajian nanti, tetapi bukanlah dalam kadar segera," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pecah tanah projek penyambungan Jalan Utama Meru Raya-Klebang di Jalan Lebuh Klebang Putra di sini, pada Khamis.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Datuk Asmuni Awi dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Mohd Zolkafly berkata, setakat ini kerajaan negeri belum menerima cadangan daripada mana-mana pihak untuk terminal itu kembali beroperasi selepas hampir dua tahun ditutup berikutan pandemik COVID-19.
"Saya dapat maklumat (cadangan buka semula) ini secara tak rasmi sahaja, mereka belum kemukakan kepada saya untuk pelaksanaan itu," katanya.
Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang di Bagan Datuk sebelum ini menjadi tumpuan warga Indonesia yang bekerja di negara ini untuk pulang ke kampung halaman menuju Pelabuhan Teluk Nibung di Tanjung Balai, Sumatera, Indonesia.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 01 2022

Mohd Zolkafly (dua dari kanan) mendengar penerangan berkaitan projek penyambungan Jalan Utama Meru Raya-Klebang di Jalan Lebuh Klebang Putra, pada Khamis. - Foto fail/BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang belum boleh buka
Setakat ini kerajaan negeri belum menerima cadangan daripada mana-mana pihak untuk terminal itu kembali beroperasi selepas hampir dua tahun ditutup.