SEPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung video tular dua penunggang basikal dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta di Jalan Dengkil, Kota Warisan, dekat sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian jam 7.15 pagi itu dipercayai berlaku kerana pemandu kereta terleka ketika memeriksa mesej daripada aplikasi e-hailing di telefon bimbit.
Beliau berkata, pemandu kereta yang berada di lorong kiri dari arah Kajang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah terlanggar belakang sebuah basikal, menyebabkan penunggang basikal tersebut melanggar seorang lagi penunggang basikal lain.
"Ketika sampai di Jalan Dengkil, Kota Warisan, pemandu kereta yang berada di lorong kiri telah terima mesej daripada aplikasi e-hailing di telefon bimbit dan bertindak memeriksa mesej tersebut.
"Semasa memeriksa mesej tersebut, pemandu kereta telah terlanggar belakang sebuah basikal dan kemudian basikal itu terlajak ke hadapan terlanggar seorang lagi penunggang basikal yang lain.
"Akibat kemalangan tersebut, kereta itu mengalami kerosakan di bahagian bumper dan bonet hadapan, manakala kerosakan penunggang basikal di bahagian tayar serta rim belakang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mengulas lanjut, Wan Kamarul berkata, pemandu kereta serta seorang penunggang basikal telah membuat laporan polis dan diambil rakaman percakapan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 31 2023

Tangkap layar menunjukkan sebuah kereta terlanggar penunggang basikal ekoran terleka memeriksa aplikasi Grab semasa memandu di Jalan Dengkil, Kota Warisan, Sepang, Ahad lalu. -Foto Sinar Harian

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Terlanggar penunggang basikal akibat leka periksa aplikasi e-hailing
Kejadian jam 7.15 pagi itu dipercayai berlaku kerana pemandu kereta terleka ketika memeriksa mesej daripada aplikasi e-hailing di telefon bimbit.

Operasi feri baharu bantu atasi kesesakan Jambatan Pulau Pinang
Empat feri baharu Pulau Pinang yang dijangka memulakan operasi pada 7 Ogos ini telah membangkitkan keterujaan penduduk di negeri ini.

Kru stesen TV maut dalam nahas ketika berbasikal di Cyberjaya
Insiden yang menimpa mangsa yang dikenali sebagai Jeffry Aziz itu dikongsi di laman sosial termasuk di Facebook Cyberjaya Community.

Polis rakam keterangan pemandu kereta kes langgar lari
Mangsa berusia 33 tahun yang bertugas sebagai kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengalami cedera ringan dan telah membuat laporan polis.

Warga emas maut basikal digilis treler
Mangsa yang berusia 58 tahun itu datang dari arah Behrang, sebelum digilis sebuah treler dari arah belakang.

PBT perlu bina lebih laluan basikal - Lee Lam Thye
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata penunggang yang berbasikal di jalan utama dan lebuh raya mendatangkan risiko kemalangan jalan raya.

'Treat others the way you want to be treated' - Azizulhasni tegur penunggang basikal pentingkan diri
Mohd Azizulhasni Awang memberi teguran kepada penunggang basikal agar tidak menjadikan isu keselamatan sebagai satu perkara remeh.

Empat cedera jambatan runtuh di Prague
Empat cedera dalam satu kejadian tanah runtuh di Prague, Republik Czech pada Sabtu.