BUTTERWORTH: Empat feri baharu Pulau Pinang yang dijangka memulakan operasi pada 7 Ogos ini telah membangkitkan keterujaan penduduk di negeri ini.
Bagi penunggang motosikal, Mohd Khairolhaswadi Hasbullah, 36, yang bertugas sebagai perunding kewangan di Butterworth berkata operasi feri baharu itu akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di jambatan Pulau Pinang.
"Feri Pulau Pinang adalah sesuatu yang nostalgia. Jadi rakyat Pulau Pinang cukup bertuah disediakan dengan feri baharu.
"Inisiatif kerajaan menyediakan feri ini amat membantu rakyat Pulau Pinang terutama bagi penunggang motosikal, penunggang basikal dan pejalan kaki yang berulang alik setiap hari," katanya kepada Bernama.
Justeru beliau berkata rakyat Pulau Pinang harus mengambil peluang itu untuk menggunakan perkhidmatan feri secara optimum yang akan ditawarkan secara percuma selama sebulan.
Sementara itu, bagi pejalan kaki, Farida Mat Zain, 58, penjual makanan dalam talian, menjangkakan feri baharu itu jauh lebih selamat daripada feri yang telah berusia sebelum ini.
"Feri lama sentiasa sesak dengan motosikal dan kereta. Ia tidak berapa selamat untuk pejalan kaki. Menjelang 7 Ogos, satu daripada feri itu akan dikhususkan hanya untuk pejalan kaki, sekali gus lebih selamat bagi kami.
"Ia benar-benar membantu dan memberi manfaat kepada penduduk Pulau Pinang. Saya harap semua rakyat Pulau Pinang akan menggunakannya," katanya.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata empat feri baharu itu telah tiba di Pulau Pinang dan akan memulakan operasi bermula 7 Ogos dengan empat minggu pertama sebagai tempoh percubaan untuk menjalankan pelbagai eksesais.
Perkhidmatan feri baharu itu akan bermula dari 6 pagi hingga 8.30 malam, dengan kekerapan setiap 30 minit dan perjalanan sehala bakal mengambil masa kira-kira 10 minit (feri lama, 20 minit).
Dalam tempoh percubaan selama empat minggu itu, penduduk Pulau Pinang dan pelancong juga berpeluang menikmati perjalanan feri percuma dan perkhidmatan ulang alik percuma antara Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU-terminal pelayaran Jeti Swettenham) dan Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023
Perkhidmatan feri baharu itu akan bermula dari 6 pagi hingga 8.30 malam, dengan kekerapan setiap 30 minit dan perjalanan sehala bakal mengambil masa kira-kira 10 minit (feri lama, 20 minit). - Gambar fail/Astro AWANI/Hilal Azmi
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
Feri baharu Pulau Pinang mula operasi secara rasmi hari ini
Feri baharu Pulau Pinang beroperasi secara rasmi pada Isnin dengan memulakan trip pertamanya dari Pangkalan Sultan Abdul Halim.
SPCT akan jadi pangkalan dalam industri kapal persiaran - Loke
Kementerian Pengangkutan berhasrat untuk menjadikan SPCT sebagai pangkalan dalam industri kapal persiaran sebagai usaha menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Pinang.
Operasi feri baharu bantu atasi kesesakan Jambatan Pulau Pinang
Empat feri baharu Pulau Pinang yang dijangka memulakan operasi pada 7 Ogos ini telah membangkitkan keterujaan penduduk di negeri ini.