SHAH ALAM: Seorang bekas eksekutif (Pembinaan) Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) dipenjara sehari dan didenda RM177,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima suapan berhubung kerja-kerja penyelenggaraan.
Hakim Datuk Anita Harun menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Amal M. Razalan, 36, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada prosiding hari ini, yang ditetapkan untuk perbicaraan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 18 bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda berkenaan.
Mohd Amal mengaku bersalah menerima suapan berjumlah RM35,217.50 daripada seorang pengarah syarikat melalui dua keping cek sebuah bank hasil bersubahat dengan seorang pengarah syarikat lain sebagai upah membantu mendapatkan kerja-kerja penyelenggaraan struktur kepada PCSB di sebuah cawangan bank di Bandar Puteri, Puchong pada 25 Okt 2019 dan 20 Jan 2020.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 28 (1) (c) dan boleh dihukum dengan Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Sementara itu, 44 lagi pertuduhan rasuah termasuk lima pengubahan wang haram yang dihadapi Mohd Amal sebelum ini dipertimbangkan sebagai take into consideration (TIC) di bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin dan Mohamad Fadhly Mohd Zamry manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Hasnal Rezua Merican.
Pada 11 Jan lepas, Mohd Amal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 46 pertuduhan rasuah termasuk lima pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM9.65 juta berhubung kerja-kerja penyelenggaraan.
Tertuduh turut didakwa atas 37 pertuduhan rasuah dan enam pengubahan wang haram melibatkan wang berjumlah lebih RM6 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Jan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
![Terima suapan, bekas eksekutif Petronas Carigali dipenjara, didenda Terima suapan, bekas eksekutif Petronas Carigali dipenjara, didenda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699437994_MohdAmalMRazalan.jpg)
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 18 bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda berkenaan. - Gambar Bernama
![Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314407_protest.jpg)
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia 24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314325_flood.jpg)
24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.
![Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737941629_YoonSukYeolSouth.jpg)
Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.
![Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739308976_SheikhMujiburRahma.jpg)
Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.
![Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa malam.
![Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739309087_KingAbdullahII.jpg)
Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah
Usaha bangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan harus menjadi keutamaan semua pihak, kata Raja Abdullah.
![Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739308707_DonaldTrump.jpg)
Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan
Lawatan Raja Abdullah ke Washington berlaku dalam saat genting bagi gencatan senjata di Gaza.
"Kami tetap akan ambil alih Gaza" - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menegaskan rancangannya untuk mengambil alih Gaza dalam pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah, pada selasa.
![Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739239055_keyfield.jpg)
Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali
Tertakluk kepada hak penyewa di bawah kontrak, WOA dan WOE mempunyai tempoh lima hingga enam bulan bermula dari tarikh permulaan masing-masing.
![Terima suapan, bekas eksekutif Petronas Carigali dipenjara, didenda Terima suapan, bekas eksekutif Petronas Carigali dipenjara, didenda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699437994_MohdAmalMRazalan.jpg)
Terima suapan, bekas eksekutif Petronas Carigali dipenjara, didenda
Seorang bekas eksekutif Petronas Carigali dipenjara sehari dan didenda RM177,000 oleh Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menerima suapan berhubung kerja-kerja penyelenggaraan.
![Petronas Carigali umum enam penemuan minyak dan gas di Sarawak Petronas Carigali umum enam penemuan minyak dan gas di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685167796_Petronas.jpg)
Petronas Carigali umum enam penemuan minyak dan gas di Sarawak
Menurut Petronas, penemuan terbabit adalah menerusi usaha cari gali domestik secara intensif yang dijalankan pada akhir 2022 yang turut membawa kepada penemuan Nahara-1 di Blok SK306.
![Shell, Petronas Carigali bangun projek gas di luar pantai Bintulu Shell, Petronas Carigali bangun projek gas di luar pantai Bintulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662422739_ShellPetronas.jpg)
Shell, Petronas Carigali bangun projek gas di luar pantai Bintulu
Kawasan Rosmari-Marjoram akan dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui, menggunakan tenaga solar untuk platform luar pesisir.
![BPE Engineering and Services raih kontrak 3 tahun dengan Petronas Carigali BPE Engineering and Services raih kontrak 3 tahun dengan Petronas Carigali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658798472_Kontrak.jpg)
BPE Engineering and Services raih kontrak 3 tahun dengan Petronas Carigali
Petronas ialah rakan kongsi tenaga dan penyelesaian global dan disenaraikan dalam kalangan syarikat terbesar dalam Fortune Global 500.
![Perdana Petroleum dapat lanjutan kontrak RM8.4 juta daripada Petronas Carigali Perdana Petroleum dapat lanjutan kontrak RM8.4 juta daripada Petronas Carigali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71656984717_PerdanaPetroleum.jpg)
Perdana Petroleum dapat lanjutan kontrak RM8.4 juta daripada Petronas Carigali
Kontrak tersebut adalah yang ketiga diumumkan Perdana Petroleum pada tahun ini, dan kedua bagi Petronas Carigali.
![Medan minyak Pegaga mula mengeluarkan gas Medan minyak Pegaga mula mengeluarkan gas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647906618_TBMEDANMINYAK.jpg)
Medan minyak Pegaga mula mengeluarkan gas
Blok SK320 dikendalikan oleh Mubadala Development Company Oil and Gas Limited (Mubadala Petroleum) dengan 55% kepentingan.
Petronas Carigali jumpa telaga minyak di Bertam
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam.