KUALA LUMPUR:Orang ramai diminta supaya tidak keliru dengan pengedaran borang palsu berhubung persetujuan menerima suntikan vaksin COVID-19 yang tular dalam media sosial sejak semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan borang yang kononnya akan digunakan bagi program imunisasi itu bukanlah dokumen persetujuan yang sudah dimuktamadkan.
Katanya, pemberian suntikan vaksin COVID-19 adalah untuk memberi perlindungan terhadap jangkitan COVID-19 serta mengurangkan kesan seseorang mendapat penyakit itu.
"Memandangkan pemberian suntikan vaksin COVID-19 adalah secara sukarela, borang persetujuan suntikan vaksin COVID-19 adalah dokumen yang digunakan untuk diberi kepada penerima vaksin bagi mereka menyatakan persetujuan penerimaan vaksin dengan rela hati.
"Borang persetujuan juga digunakan di negara lain yang melaksanakan Program Imunisasi COVID-19.
"Penerimaan vaksin ini adalah secara opt-in di mana penerima vaksin yang bersetuju untuk menerima vaksin perlu menandatangani borang ini," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Noor Hisham menambah, kandungan dalam dalam borang persetujuan itu nanti bertujuan memastikan penerima vaksin memahami sepenuhnya apa yang dibaca atau diterangkan oleh anggota kesihatan mengenai manfaat dan risiko vaksin.
Katanya, semua vaksin yang memasuki Malaysia akan dinilai terlebih dahulu dari segi kualiti, keberkesanan dan keselamatannya oleh pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Tambah beliau, selain itu, pelaporan yang diperoleh dari negara-negara yang sudah melaksanakan pemberian vaksin COVID-19, ia didapati selamat digunakan.
"KKM ingin memaklumkan bahawa borang persetujuan suntikan vaksin COVID-19 yang muktamad akan diedarkan kepada bakal penerima vaksin dalam tempoh terdekat, bermula dengan penerima vaksin bagi fasa pertama.
"Sehubungan dengan itu, masyarakat diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai," katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial yang mendakwa borang persetujuan berkenaan yang antara lain menyatakan perakuan pihak yang menandatangani borang berkenaan bertanggungjawab terhadap risiko yang mungkin berlaku akibat keputusan atau tindakan mereka kerana manfaat vaksin adalah jauh lebih baik daripada kesan sampingan.
Pun begitu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi media sosial rasminya memaklumkan bahawa dokumen didakwa Borang Persetujuan Suntikan COVID-19 itu adalah imej dan berita palsu kerana ia tidak dikeluarkan oleh kementerian itu.
Astro Awani
Thu Feb 18 2021
![Terima borang persetujuan vaksin COVID-19? Jangan keliru, ia palsu! Terima borang persetujuan vaksin COVID-19? Jangan keliru, ia palsu!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61611580631_HishamAbdullah.jpg)
Dr Noor Hisham menjelaskan borang yang kononnya akan digunakan bagi program imunisasi itu bukanlah dokumen persetujuan yang sudah dimuktamadkan. - Gambar fail/BERNAMA
Trump dan Elon Musk 'berjoget'
Kempen pilihan raya Amerika Syarikat terus hangat apabila calon presiden republikan, Donald Trump dilihat 'menari' bersama usahawan terkemuka Amerika Syarikat Elon Musk.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Suspek kes tolak isteri ke gaung akan didakwa hari ini
Lelaki berusia 39 tahun dipercayai menolak isterinya hingga jatuh gaung berhampiran KM31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pada 27 Julai lalu akan didakwa di mahkamah, hari ini.
!['Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa' 'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723763122_MangsaKemalangan.jpg)
'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'
Sakinah yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pusat Kegiatan Guru Manong dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah.
Kerajaan terus perkasa agenda bagi memudahcara perniagaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI akan terus memperkasa agenda bagi memudahcara perniagaan (Ease of Doing Business).
Dalam satu hantaran di media sosial beliau pada Khamis, beliau berkata usaha itu akan terus dipergiat meski negara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif dan peningkatan dari segi kecepatan kelulusan pembangunan.
Dalam satu hantaran di media sosial beliau pada Khamis, beliau berkata usaha itu akan terus dipergiat meski negara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif dan peningkatan dari segi kecepatan kelulusan pembangunan.
1.5 penjawat awam tahu kadar gaji baharu hari ini
Lebih 1.5 juta penjawat awam di negara ini akan mengetahui kadar gaji baharu masing-masing apabila berita gembira itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri di PICC, hari ini.
Presiden Palestin umum bakal lawat Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Khamis mengumumkan bahawa beliau merancang untuk melawat Semenanjung Gaza, walaupun serangan Israel yang telah membunuh lebih 40,000 orang setakat ini masih berterusan.
Mahmoud yang berucap kepada parlimen Turkiye di Ankara semasa sesi khas mengenai Palestin, beliau akan mengadakan lawatan tersebut bersama pemimpin Palestin yang lain.
Mahmoud yang berucap kepada parlimen Turkiye di Ankara semasa sesi khas mengenai Palestin, beliau akan mengadakan lawatan tersebut bersama pemimpin Palestin yang lain.
Parlimen Thailand putuskan siapa PM baharu
Parlimen Thailand hari ini akan bersidang bagi bagi mengadakan mesyuarat khas memilih seorang Perdana Menteri baharu susulan keputusan mahkamah yang menyingkirkan Srettha Thavisin, Rabu lepas.
![Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723762175_MatthewPerry.jpg)
Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry
Defendan mengambil kesempatan daripada isu ketagihan Perry untuk meraih kekayaan bagi diri mereka.
![Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723756050_MahmoudAbbas.jpg)
Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel
"Saya mengumumkan kepada anda dan dunia bahawa saya telah memutuskan untuk pergi ke Semenanjung Gaza bersama semua pemimpin Palestin."
![Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723756932_TokyoJapan.jpg)
Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil
Central Japan Railway Co. batalkan semua perkhidmatan kereta api laju Tokaido Shinkansen antara Tokyo dan Nagoya sepanjang hari pada Jumaat.
![Gangguan sistem: Hospital Sultan Abdul Halim aktifkan BCP Gangguan sistem: Hospital Sultan Abdul Halim aktifkan BCP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620208932_HospitalSultanAbdu.jpg)
Gangguan sistem: Hospital Sultan Abdul Halim aktifkan BCP
Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani telah mengaktifkan pelan kesinambungan perkhidmatan (BCP) secara berperingkat.
![Kesihatan PM Anwar pada tahap optimum - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Kesihatan PM Anwar pada tahap optimum - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723179368_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kesihatan PM Anwar pada tahap optimum - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Tahap kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan baik dan pada tahap yang optimum, demikian menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
![KKM batal notifikasi tiga produk kosmetik mengandungi racun berjadual KKM batal notifikasi tiga produk kosmetik mengandungi racun berjadual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668426646_KKM.jpg)
KKM batal notifikasi tiga produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi tiga produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
![Satu daripada enam rakyat Malaysia hidap diabetes Satu daripada enam rakyat Malaysia hidap diabetes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722595699_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
Satu daripada enam rakyat Malaysia hidap diabetes
Malaysia masih tersenarai sebagai negara dengan prevalen diabetes tertinggi di Asia Tenggara iaitu satu daripada enam rakyat Malaysia menghidap diabetes.
![KKM sasar 900 klinik kesihatan tawar konsultasi maya menjelang akhir tahun ini KKM sasar 900 klinik kesihatan tawar konsultasi maya menjelang akhir tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61601282184_Health.jpg)
KKM sasar 900 klinik kesihatan tawar konsultasi maya menjelang akhir tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 900 klinik kesihatan di seluruh negara akan menawarkan perkhidmatan konsultasi maya menjelang akhir tahun ini.
![Jualan aiskrim Pei Pa Kao dihentikan atas gesaan KKM Jualan aiskrim Pei Pa Kao dihentikan atas gesaan KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722338464_TBicecream.jpg)
Jualan aiskrim Pei Pa Kao dihentikan atas gesaan KKM
Menu ais krim terbaharu keluaran Inside Scoop yang berperisa ubat batuk Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) dihentikan dengan segera selepas dijual secara rasmi pada 29 Julai yang lalu.
![Henti jual ais krim dicampur ubat batuk - KKM Henti jual ais krim dicampur ubat batuk - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722351911_TBINSIDERSCOOP.jpg)
Henti jual ais krim dicampur ubat batuk - KKM
Arahan sama turut diberikan kepada semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial agar menghentikan penyiaran iklan makanan berkenaan.
![Malaysia catat 49,992 kes Hepatitis B bagi tempoh 10 tahun - KKM Malaysia catat 49,992 kes Hepatitis B bagi tempoh 10 tahun - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722228414_MuhammadRadziAbuH.jpg)
Malaysia catat 49,992 kes Hepatitis B bagi tempoh 10 tahun - KKM
Bagi kes Hepatitis C, beliau berkata jumlah keseluruhan adalah sebanyak 34,573 kes bagi tempoh sama.
![Tawaran pelantikan kontrak kepada pegawai perubatan berakhir 31 Julai - KKM Tawaran pelantikan kontrak kepada pegawai perubatan berakhir 31 Julai - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707723003_LogoKKM.jpg)
Tawaran pelantikan kontrak kepada pegawai perubatan berakhir 31 Julai - KKM
KKM memaklumkan baki calon yang memenuhi syarat lantikan mengikut skim perkhidmatan akan dijadikan sebagai calon simpanan.
![KKM belanja hampir RM250 juta untuk laksana 'khidmat luar' pesakit jantung ke IJN KKM belanja hampir RM250 juta untuk laksana 'khidmat luar' pesakit jantung ke IJN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692090070_IJN.jpg)
KKM belanja hampir RM250 juta untuk laksana 'khidmat luar' pesakit jantung ke IJN
KKM membelanjakan RM248.97 juta untuk melaksanakan khidmat luar (outsource) 93,495 pesakit jantung kepada Institut Jantung Negara Sdn Bhd (IJNSB) sejak Januari tahun ini hingga 31 Mei lepas.