KUALA TERENGGANU: Gara-gara tergoda dengan skim pelaburan yang ditawarkan di media sosial, seorang ahli perniagaan berputih mata kerana terpaksa menanggung kerugian RM688,300 akibat terjebak dalam penipuan pelaburan tidak wujud.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, mangsa menyedari ditipu apabila tidak berjaya mengeluarkan keuntungan sebanyak RM2 juta sebagaimana dijanjikan setelah pelaburan mencapai tempoh matang pada 24 Januari lalu.
"Selepas tempoh dijanjikan, mangsa ingin mengeluarkan keuntungan tersebut dan telah diminta untuk membuat pembayaran pengeluaran sebanyak 1 peratus daripada jumlah keuntungan.
"Disebabkan tidak membuat pembayaran seperti diminta, mangsa telah disekat daripada mengakses laman web syarikat pelaburan tersebut," katanya pada Ahad.
Menurut Mazli, mangsa sebelum itu tertarik untuk menyertai pelaburan yang ditawarkan melalui laman sosial Facebook, dimana syarikat berkenaan mendakwa skim pelaburan itu kononnya disenaraikan dalam Bursa Malaysia.
"Mangsa telah diberikan penerangan pelaburan melalui satu pautan laman web. Melalui laman web itu mangsa boleh membuat transaksi pelaburan dan melihat statistik pergerakan graf Bursa Saham Malaysia.
“Mangsa telah membuat pembayaran sebanyak RM688,300 melalui 19 transaksi ke 12 akaun bank berbeza dengan dijanjikan keuntungan RM2 juta,” katanya.
Dalam pada itu, Mazli menasihatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud serta tidak mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.
"Setakat ini kita menerima sebanyak 136 laporan polis sepanjang tempoh 28 Januari hingga 3 Februari tahun ini berhubung kes penipuan sebegini.
"Daripada jumlah tersebut sebanyak 36 kertas siasatan telah dibuka dengan membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM1.095 juta,"katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 04 2024

Mangsa telah membuat pembayaran sebanyak RM688,300 melalui 19 transaksi ke 12 akaun bank berbeza dengan dijanjikan keuntungan RM2 juta. -Gambar hiasan. Gambar kecil: Mazli

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.

Pelaburan tidak wujud: Pengurus syarikat rugi lebih RM6.1 juta
Tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit, seorang pengurus syarikat swasta berputih mata apabila mengalami kerugian RM6.1 juta selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud

Suri rumah rugi lebih RM80,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran pelaburan yang dijumpainya di media sosial dan menekan pautan yang disediakan.

Pesara rugi lebih RM134,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Beliau berkata sindiket itu menjanjikan setiap pelaburan berjumlah RM300 akan diberikan pulangan sebanyak RM10,000 dalam masa enam jam.

Pengarah syarikat lesap RM1.3 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 45 tahun berurusan dengan individu tidak dikenali di WhatsApp dan telah melakukan transaksi sejak 29 April hingga 28 Mei lepas.

Tergoda skim pelaburan di laman sosial, ahli perniagaan rugi RM688,300
Mangsa menyedari ditipu apabila tidak berjaya mengeluarkan keuntungan sebanyak RM2 juta sebagaimana dijanjikan setelah pelaburan mencapai tempoh matang pada 24 Januari lalu.

Pesara wanita rugi RM10 juta terperdaya skim pelaburan kripto
Mangsa memaklumkan menyertai skim pelaburan itu selepas dimasukkan ke dalam kumpulan aplikasi Whatsapp yang mempromosikan perkara itu.

Wanita warga emas rugi RM6.2 juta, terperdaya pelaburan tidak wujud
Ia merupakan jumlah kerugian paling tinggi melibatkan kes 'scam' di Perak setakat ini.

Pesara wanita rugi RM730,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa wanita berusia 65 tahun itu pada mulanya berminat untuk menyertai skim pelaburan saham ditawarkan melalui aplikasi Instagram yang menjanjikan keuntungan sebanyak 20 peratus.

Pelaburan tidak wujud, ejen insurans kerugian RM333,600
Ketua Polis Perak berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada lelaki itu yang berusia 46 tahun dari Taman Pari pada Selasa.