Mereka yang terdedah dengan debu bauksit dalam tempoh yang panjang terutama pekerja di kawasan perlombongan dan penduduk yang berada di sepanjang laluan pengangkutan bauksit berisiko menghidap penyakit Alzheimer.
Felo Penyelidik Kualiti Udara Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Azman Azid berkata bauksit mengandungi aluminium hidroksida dan debu bahan itu yang terbebas ke udara apabila dihidu dalam tempoh yang lama boleh menyekat pengaliran oksigen dalam darah sekaligus ke sistem saraf.
"Apabila otak kekurangan oksigen ia boleh menyebabkan seseorang itu terdedah dengan risiko untuk menghidap penyakit Azheimer atau penyakit lupa," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya hasil kajian yang dijalankan institut berkenaan di beberapa lokasi terjejas dengan keadaan itu beberapa bulan lepas termasuk di Sekolah Tahfiz Bukit Goh, antara laluan utama kenderaan bauskit mendapati indeks pencemaran udaranya melebihi tahap berbahaya iaitu mencecah sehingga 468.
Azman menyifatkan pencemaran udara di kawasan yang terlibat dengan aktiviti itu sebagai serius dan menganggarkan zarah terampai bawah 10 mikron (PM10) berada di tahap lebih 200ug/m3 (mikro gram per meter padu), melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Piawaian Kualiti Udara Ambien Malaysia, iaitu 150 ug/m3.
Azman bimbang sikap sesetengah penduduk dan pekerja yang tidak mengendahkan kesihatan mereka kerana tidak memakai topeng keselamatan apabila berada di kawasan tercemar dengan aktiviti itu kerana mereka berdepan masalah pernafasan, batuk, alahan radang paru-paru serta gatal-gatal pada bahagian mata selain masalah kepada hati.
"Manusia yang terdedah dengan tahap kualiti udara yang tidak sihat untuk tempoh yang lama juga boleh mengalami simptom kesukaran dan masalah pernafasan sebelum menjadi kronik apabila tidak dikawal.
"Selain pekerja perlombongan, mereka yang berisiko untuk menghidapinya termasuk juga golongan bayi, kanak-kanak, dan warga emas kerana keperluan udara yang tinggi untuk pernafasan dan lemah imuniti tubuh badan melawan penyakit tersebut," katanya.
Menurut Azman, masalah pencemaran dapat dikurangkan sekiranya agensi penguatkuasaan berkaitan mengambil tindakan sewajarnya sejak aktiviti itu mula berlaku di daerah ini.
"Secara peribadi saya berpendapat agensi berkenaan termasuk Jabatan Alam Sekitar sepatutnya sejak awal memantau keadaan ini terutama aspek pelaksanaan dalam kerja-kerja perlombongan.
"Debu yang terbebas di udara boleh dikurangkan sekiranya lori-lori bauksit ini menutup dengan rapi lori mereka semasa mengangkut bahan tersebut dan jalan-jalan yang dilalui pula disembur dengan air.
"Dalam masa yang sama, penampan perlu dibina sepanjang laluan itu untuk menapis air berkenaan sebelum memasuki anak-anak sungai," katanya.
Katanya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) juga perlu memainkan peranan memastikan semua pekerja yang terlibat dalam industri itu memakai topeng keselamatan bagi mengelakkan kesihatan mereka daripada terjejas untuk jangka masa panjang.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata memang terdapat teori mengatakan mereka yang mengalami keracunan aluminium menerusi air boleh terkena penyakit Alzheimer.
"Bagaimanapun, setakat ini tidak ada bukti kukuh menyatakan keracunan aluminium melalui udara boleh menyebabkan penyakit itu. Ia sekadar teori tanpa bukti dalam bidang perubatan," katanya.
Dalam masa yang sama beliau tidak menafikan berlaku pertambahan jumlah pesakit mendapatkan rawatan untuk penyakit yang berkaitan pernafasan seperti lelah, selsema dan batuk di klinik dan hospital kerajaan di negeri ini.
Bernama
Wed Jan 06 2016

Kapal besar masih berlabuh di persisiran pantai untuk mengangkut bauksit dari "tongkang" yang dipunggah di Pelabuhan Kuantan di Pantai Balok pada 2 Jan 2016. - fotoBERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Terdedah debu bauksit dalam tempoh lama boleh sebabkan Alzheimer - Pakar
Bauksit mengandungi aluminium hidroksida dan debu yang terbebas ke udara apabila dihidu dalam tempoh yang lama boleh menyekat pengaliran oksigen dalam darah sekaligus ke sistem saraf.