CYBERJAYA:Negeri yang tidak mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) akan diterapkan dengan Dasar Kebersihan Negara (DKN) dalam pengurusan kebersihan dan sampah, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.
Menurutnya, tujuh negeri belum menandatangani Akta 672 iaitu Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
"Oleh kerana, ada yang tak nak tandatangan Akta 672 tetapi negeri itu terkebelakang, jadi kita akan gunakan DKN agar mereka juga dapat bersama-sama meningkatkan kebersihan negeri mereka dan menggalakkan aktiviti kitar semula," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan Waste to Art dan Cabaran Trash to Cash, di sini semalam.
Ditanya mengenai langkah bagi mendapatkan persetujuan tujuh negeri berkenaan, Zuraida berkata kementerian tidak boleh memaksa kerajaan negeri untuk menandatangani Akta 672 memandangkan terdapat negeri yang mampu melaksanakan pembersihan sisa pepejal sendiri.
Sebagai contoh, katanya Selangor mempunyai kedudukan kewangan yang kuat dan mampu untuk menguruskan sisa pepejal dan pembersihan dalam kawasan mereka.
Menurut Zuraida, Akta 672 adalah penting supaya kerajaan Persekutuan dapat membantu kerajaan negeri dalam pengurusan sisa pepejal termasuk dari segi pemberian subsidi untuk kerja-kerja pungutan sampah.
Mengenai pertandingan Waste to Art dan Cabaran Trash to Cash anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), beliau berkata ia perlu diperluaskan ke peringkat akar umbi bagi menggalakkan aktiviti kitar semula dalam kalangan masyarakat, sekali gus meningkatkan kadar kitar semula negara yang kini berada pada tahap 30 peratus.
Beliau turut menggalakkan kerjasama bersama galeri-galeri awam untuk mempamerkan hasil kreativiti peserta pertandingan itu bagi memberi motivasi dan idea kepada orang ramai untuk turut mengitar semula barangan terpakai.
"Di luar negara, saya telah melihat hasil ciptaan produk kitar semula, dan hari ini saya lihat mereka (peserta) ada hasil kelas dunia sebab itu saya cadangkan hasil karya mereka dipamerkan di tempat-tempat awam seperti muzium, galeri atau taman-taman awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 18 2020
Zuraida berkata kementerian tidak boleh memaksa kerajaan negeri untuk menandatangani Akta 672 memandangkan terdapat negeri yang mampu melaksanakan pembersihan sisa pepejal sendiri. - Gambar fail
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
Parlimen: Subsidi bersasar RON95 perlu dibuat, elak ketirisan subsidi - Amir Hamzah
Penyasaran subsidi petrol RON95 perlu dilakukan kerana berlaku ketirisan subsidi melibatkan penggunaan oleh golongan yang tidak sepatutnya.
Subsidi bersasar bagi RON95 antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Persoalan itu dibangkitkan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus Dewan Rakyat bersidang.
Tiga faktor penyasaran subsidi diesel belum dilaksana di Sabah, Sarawak - Armizan
Faktor ketiga, kerana jurang harga barangan begitu besar di Sabah, Sarawak dan Labuan berbanding di Semenanjung dan ia belum dapat ditangani sehingga kini.
Belanjawan 2025: Beri insentif syarikat PMKS patuhi dasar gaji minimum
Katanya, walaupun kenaikan gaji minimum memberi manfaat kepada pekerja, ia juga bawa kesan dari sudut mikro dan makro ekonomi.
KPDN Perlis rekod 198 kes penyeludupan barangan kawalan, subsidi sejak Januari
Ia membabitkan rampasan bernilai RM1.22 juta direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis sejak Januari lepas hingga semalam.
Belanjawan 2025: Tiga inisiatif kepada Perkeso tekad kerajaan wujud ekonomi inklusif mampan
Tiga inisiatif utama Belanjawan 2025 yang dikhususkan untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mencerminkan tekad kerajaan mewujudkan ekonomi MADANI yang inklusif, berdaya tahan dan mampan.
Strategi pelbagai hala kerajaan seimbangkan disiplin fiskal, pertumbuhan ekonomi - MIER
Strategi pelbagai hala oleh kerajaan memperlihatkan tumpuan kepada konsolidasi fiskal di samping menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan jaringan keselamatan sosial.
Belanjawan 2025: Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya
Kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran sekolah berasrama penuh (SBP) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.