Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengesan golongan penghasut yang mahu mengeluarkan Sabah dari Malaysia.
Beliau berkata golongan tersebut yang menjalankan gerakan secara terbuka sejak beberapa tahun lepas dan bersembunyi semasa berlaku pencerobohan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini, kini dipercayai kembali aktif.
"Sekarang, apabila keadaan sudah aman selepas penceroboh kita halau keluar, golongan yang menyembunyikan diri semasa pencerobohan kelmarin bersuara semula dan melaungkan kembali ungkapan 'Sabah is for Sabahan' (Sabah untuk rakyat Sabah)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perarakan raksasa sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-80 di Dataran Merdeka di sini, Sabtu.
Hishammuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai gerakan hasutan itu yang dibuat melalui laman Facebook dan media sosial, yang dikatakan cuba menyemai kebencian penduduk Sabah terhadap Semenanjung Malaysia.
"Mereka yang nak polemikkan Semenanjung dan Sabah dan mempolitikkan sesuatu situasi, saya nak nyatakan, keselamatan dalam konteks ketenteraman awam dan konteks nyawa kedaulatan negara bangsa, kita tidak memilih bulu dan sentiasa konsisten dengan tanggungjawab kita," katanya.
"Mana-mana pihak yang hendak suruh Sabah keluar (dari Malaysia) perlu lihat bahawa yang terkorban dan gugur (dalam mempertahankan negeri itu dari pencerobohan pengganas Sulu) ialah polis dan tentera dari Semenanjung dan juga dari Sabah dan Sarawak. Ini bermakna kita tidak memilih tanggungjawab berdasarkan warna kulit dan keturunan," katanya.
Hishammuddin berkata, pencerobohan di Sabah pada Februari lepas, merupakan 'wake up call' kepada semua pihak termasuk rakyat Sabah untuk mereka terus yakin, bersatu dan menyokong kerajaan termasuk menyampaikan maklumat kepada tentera dan polis.
Menyentuh mengenai keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan abu mendiang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dibawa ke Malaysia, Hishammuddin berkata keputusan itu turut disokong pelbagai pihak terutama veteran tentera dan polis yang berjuang mempertahankan negara di zaman darurat.
"Saya nak nyatakan di sini dalam keghairahan pihak tertentu memainkan isu ini, kita jangan buta sejarah dan tanya pada veteran dan anggota keluarga mereka yang sudah korbankan air mata dan darah dalam mempertahankan negara," katanya.
Beliau berkata Chin Peng telah pun diberi peluang memohon kerakyatan antara tahun 1989 dan 1990, namun bertindak menolaknya.
Bernama
Sat Sep 21 2013
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Ingkar SOP: 60 premis diarah tutup serta merta, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin
Pada 11 Ogos 2021, sebanyak 918 SJR telah dilaksanakan di seluruh negara.
COVID-19: PKPD di 9 lokaliti di Sabah, Terengganu dan Pahang
Hishammuddin Hussein memaklumkan keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan.
#GarisMasa: Pelbagai kejadian menarik, curi tumpuan sepanjang Julai 2021
SYUKUR, bangga, sedih, bosan, gembira, terkejut dan berdebar. Itu antara perasaan yang dihadapi seluruh rakyat Malaysia ketika ini, khususnya sepanjang Julai tahun ini.
Belanjawan 2021: Wisma Putra akan manfaat peruntukan demi pertahan kepentingan Malaysia
Beliau berkata peruntukan itu juga akan digunakan untuk mengukuhkan peranan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
Malaysia alu-alukan pengratifikasian ke-50 Triti Pengharaman Senjata Nuklear
Malaysia mengalu-alukan pengratifikasian ke-50 Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW).
China setuju tambah pembelian produk sawit hingga 2023
Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mempromosikan syarat kelestarian produk minyak sawit yang mematuhi label MSPO dan label makanan hijau.
Malaysia tentang pelan haram Israel terhadap Palestin
Malaysia menentang pelan haram dan unilateral oleh rejim Israel untuk melaksanakan rancangan pengilhakan sebahagian wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat.
Sabah tetap milik Malaysia sampai bila-bila - Hishammuddin
Malaysia tidak akan mengiktiraf dan memenuhi sebarang tuntutan negara asing ke atas Sabah, tegas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Dua kategori rentas sempadan dimuktamadkan antara Malaysia-Singapura
SOP yang akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat itu melibatkan ahli-ahli perniagaan dan mereka yang berurusan antara negara.
62 jemaah tabligh terkandas di India selamat tiba di KLIA
Seramai 62 jemaah tabligh yang terkandas di India sejak Mac lalu akibat pandemik COVID-19 selamat tiba di tanah air awal pagi Sabtu.