Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam merupakan seorang yang pengalaman luas dan memegang rekod dunia kedua paling lama menjadi Putera Mahkota selepas Putera Wales, Putera Charles.
Tengku Abdullah yang dilahirkan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan menjadi Tengku Mahkota Pahang hampir 44 tahun setelah secara rasmi dilantik sebagai Waris Ganti pada 1 Julai 1975 iaitu sehari selepas baginda genap berusia 16 tahun.
Baginda memikul amanah berkenaan selepas ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah dimasyurkan secara rasmi sebagai Sultan Pahang ke-5 pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan nenda baginda, Sultan Abu Bakar pada 5 Mei 1974.
Putera Charles telah memegang gelaran "Putera Wales" sejak 1958.
Tengku Abdullah yang merupakan cahaya mata keempat pasangan dan juga putera sulung Sultan Ahmad Shah dan Tengku Afzan Tengku Muhammad, kemudian dimasyhurkan secara rasmi pada 23 Okt 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.
Ini menjadikan baginda seorang yang cukup arif dalam selok belok hal ehwal pentadbiran negeri ditambah lagi telah dua kali dipertanggungjawabkan menjadi Pemangku Raja Pahang sebelum diumumkan akan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri oleh Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Pahang pada hari ini.
Kali pertama Tengku Abdullah menjalankan tugas ayahanda baginda ialah pada 28 April 1979 untuk tempoh lima tahun ketika berusia usia 20 tahun, apabila Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong ke-7 (1979-1984) .
Walaupun dalam usia yang masih mentah, baginda menyempurnakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik dan menyerlahkan lagi bakat kepimpinan yang diwarisi daripada ayahanda baginda itu.
Kewibawaan yang ditunjukkan itu menyebabkan Sultan Ahmad Shah berkenan sekali lagi melantik Tengku Abdullah menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 Dis 2016 selepas kesihatan baginda mula merosot.
Tengku Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Jan 2019 ketika Malaysia menanti pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baharu dikatakan membuka laluan bagi baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Satu Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan berlangsung pada 24 Jan ini di Istana Negara bagi tujuan memilih Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi menggantikan Sultan Muhammad V yang mengumumkan untuk melepaskan jawatan berkuatkuasa 7 Jan lepas.
Menurut beberapa laporan media, berdasar sistem putaran lima tahun Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong seterusnya selepas Sultan Kelantan adalah giliran Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, 88 diikuti Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, 60 dan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, 62.
Tengku Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ahmad, Pekan yang ditubuhkan pada tahun Januari 1926 sebelum berpindah ke Sekolah Rendah Saint Thomas, Kuantan serta di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Kesederhanaan dan sifat merendah diri yang ada pada putera raja ini membuatkan baginda begitu disenangi guru dan rakan-rakan malah amat dikenali sebagai seorang yang cerdas dalam akademik dan pelbagai lapangan sukan.
Selepas menerima pendidikan (advanced school) di Aldenham School, Elstree Hertfordshire pada tahun 1975 hingga 1978, baginda mengikuti pengajian persediaan di Davies College, London selama setahun bermula1978.
Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Hal Ehwal Luar Negeri dan Diplomasi di Queen Elizabeth College, Oxford University pada tahun 1981, satu pilihan disiplin akademik yang mengasah keperibadian baginda untuk menjadi seorang pemimpin.
Ketika di London, baginda mengikuti pengajian dan latihan ketenteraan di Royal Military Academy, Sandhurst, England pada tahun 1979 hingga 1980 di mana baginda telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda oleh Pemerintah United Kingdom, Ratu Elizabeth II.
Tengku Abdullah juga amat meminati bidang sukan malah sejak kecil lagi baginda sangat aktif dalam sukan seperti permainan hoki, bola sepak, sepak raga dan atas minat dan kebolehan yang ditunjukkan, baginda sentiasa terpilih mewakili sekolah, daerah dan negeri di dalam permainan bola sepak.
Di atas ketokohan baginda dalam bidang itu, Tengku Abdullah juga pernah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak 2013 hingga 2017 dan menjadi Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk kuota Asia bagi penggal 2015 sehingga kini.
Tengku Abdullah menamatkan zaman bujang baginda pada usia 27 tahun dengan mendirikan rumahtangga dengan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar pada 6 Mac 1986.
Baginda mempunyai empat putera dan lima puteri iaitu Tengku Amir Nasser, Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Ilisha Ameera, Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Puteri Ilyana, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah, Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 12 2019

Kewibawaan yang ditunjukkan menyebabkan Sultan Ahmad Shah berkenan sekali lagi melantik Tengku Abdullah menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 Dis 2016 selepas kesihatan baginda mula merosot. - Gambar fail/BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.