Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan keadaan perpaduan rakyat pada masa kini yang dilihat semakin rapuh disebabkan perbezaan ideologi politik.
Tengku Abdullah bertitah rakyat di negara ini yang terdiri pelbagai kaum yang selama ini hidup rukun dan damai kini dilihat cuba membawa haluan dengan cara tersendiri.
"Saya sedih apabila orang sekarang mempunyai pelbagai haluan fikiran... seharusnya kita sedar kita telah melalui susah payah ini bersama-sama sejak sekian lama," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Dataran Felda Jaya, Mempaga, di sini, pada Isnin. Turut berangkat Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Dalam masa yang sama, baginda turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan mencetuskan idea mewujudkan Felda bermula di Bilut pada 1956 semasa zaman Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dengan nenda baginda Sultan Abu Bakar.
Hasilnya kini terdapat sebanyak 116 Felda di Pahang yang telah memanfaat dan banyak membantu menaikkan taraf ekonomi bukan sahaja kaum Melayu, tetapi juga Cina dan India yang menjadi peneroka.
"Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana beri peluang itu... tetapi jangan pula kita cepat tak ingat. Sekarang mereka (peneroka) hidup dengan lumayan sekali bukan sahaja generasi pertama, tetapi juga kedua diberi rumah dan kemudahan lain.
"Inilah perkara yang saya suka lihat dan dengar, anak-anak pun ada tempat untuk belajar. Jadi saya harap semua kekal muafakat antara satu sama lain," titah baginda.
Selain itu, baginda turut menasihati rakyat supaya bijak dalam menapis maklumat dan berita yang tersebar di media sosial terutamanya untuk mengelak terpedaya dengan dakyah dan berita yang tidak benar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 07 2018
![Tengku Abdullah dukacita perpaduan rakyat kian rapuh Tengku Abdullah dukacita perpaduan rakyat kian rapuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61525730454_TBRAMAHMESRAWARGAFE.jpg)
Tengku Abdullah dan Liow bertemu rakyat pada majlis Ramah Mesra Bersama Warga Felda Mempaga, 7 Mei. --fotoBERNAMA
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
![Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740011884_TBAnwarIbrahim.jpg)
Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.
![Johor komited bangunkan industri nanas Johor komited bangunkan industri nanas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740007909_tbDatukZahariSarip.jpg)
Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.
![Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740001659_TBPezeshkian.jpg)
Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Bekas ahli MKT UMNO didakwa hari ini Bekas ahli MKT UMNO didakwa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627376742_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Bekas ahli MKT UMNO didakwa hari ini
Beliau yang berusia 48 tahun itu dijangka berdepan dua pertuduhan berkaitan aktiviti penghasilan dan penyebaran berita tidak benar.
![Pegawai IT mengaku tidak bersalah sebar berita palsu Pegawai IT mengaku tidak bersalah sebar berita palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625156094_TBCourtHammer.jpg)
Pegawai IT mengaku tidak bersalah sebar berita palsu
Tertuduh didakwa menggunakan aplikasi Tiktok dengan niat untuk menyebabkan kebimbangan orang ramai mengenai kesesakan di PPV Stadium Indera Mulia di Ipoh pada 21 Mei lalu.
!['Media perlu gesa kerajaan bantu masyarakat dapatkan maklumat yang benar' 'Media perlu gesa kerajaan bantu masyarakat dapatkan maklumat yang benar'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625832122_JoAnndanDarshini.jpg)
'Media perlu gesa kerajaan bantu masyarakat dapatkan maklumat yang benar'
Media perlu menggesa kerajaan melakukan perubahan dalam menyediakan dan mendapatkan maklumat yang benar kepada masyarakat terutama dalam situasi pandemik COVID-19.
![Proklamasi Darurat: 21 kertas siasatan dibuka, 10 individu ditahan - Acryl Sani Proklamasi Darurat: 21 kertas siasatan dibuka, 10 individu ditahan - Acryl Sani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71622565724_DatukSeriAcrylSa.jpg)
Proklamasi Darurat: 21 kertas siasatan dibuka, 10 individu ditahan - Acryl Sani
Kertas siasatan disiasat di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (no.2) 2021 sejak ordinan itu dikuatkuasakan pada 12 Mac lepas.
![Jabatan Kesihatan Pahang nafi lelaki 20 tahun korban COVID-19 Jabatan Kesihatan Pahang nafi lelaki 20 tahun korban COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622415528_fake.jpg)
Jabatan Kesihatan Pahang nafi lelaki 20 tahun korban COVID-19
Hospital Tengku Ampuan Afzan juga tidak menerima sebarang kes mayat dibawa ke hospital melibatkan individu berumur 20-an.
![Ordinan Darurat: 12 kertas siasatan dibuka berhubung penularan berita tidak benar COVID-19 Ordinan Darurat: 12 kertas siasatan dibuka berhubung penularan berita tidak benar COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619558586_TBHuzirMohamed.jpg)
Ordinan Darurat: 12 kertas siasatan dibuka berhubung penularan berita tidak benar COVID-19
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 12 kertas siasatan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021 berhubung penularan berita tidak benar mengenai COVID-19.
![Ordinan kekang berita tidak benar COVID-19 tidak seimbang - Article 19 Ordinan kekang berita tidak benar COVID-19 tidak seimbang - Article 19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-11/81478873536_TechnologyGeneric.jpg)
Ordinan kekang berita tidak benar COVID-19 tidak seimbang - Article 19
Article 19 mempersoal hukuman sehingga RM500,000 dan penjara sehingga enam tahun yang termaktub dalam ordinan tersebut.
![JPN lancar kaji selidik Ordinan Darurat Berita Tidak Benar JPN lancar kaji selidik Ordinan Darurat Berita Tidak Benar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615712257_Palsu.jpg)
JPN lancar kaji selidik Ordinan Darurat Berita Tidak Benar
Jabatan Penerangan Malaysia (JPN) melancarkan soal selidik dalam talian 'Reaksi Terhadap Ordinan Darurat Berita Tidak Benar' yang telah diwartakan kerajaan.
![Tiada lagi proses panjang sebaik ordinan berita tidak benar dikuatkuasa - Takiyuddin Tiada lagi proses panjang sebaik ordinan berita tidak benar dikuatkuasa - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615710164_TakiyuddinHassan.jpg)
Tiada lagi proses panjang sebaik ordinan berita tidak benar dikuatkuasa - Takiyuddin
Pihak penguatkuasa sebelum ini perlu melalui prosedur biasa yang mengambil masa lama terutama dalam menyiasat sesuatu kes berita tidak benar di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615358392_BTP.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 12 Mac 2021.