Polis Kedah dapat menyelesaikan kes pembunuhan tiga beradik perempuan dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini pada November lepas berikutan penemuan beberapa bahan bukti fizikal.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata polis menemui bukti itu selepas membawa dua suspek lelaki berusia 19 tahun, yang ditahan pada Rabu lepas, ke tempat kejadian di Alor Senibong di sini petang Khamis.
Namun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai penemuan bukti itu oleh sepasukan anggota Unit Forensik.
"Kita akan membuat siasatan lebih rapi untuk kumpul semua bukti fizikal yang ditemui sebelum membuat pendakwaan di mahkamah. Saya tidak boleh beritahu apa bahan bukti kerana tidak mahu menjejaskan proses pendakwaan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, Jumaat.
Ahmad berkata dua suspek itu dikatakan mengenali mangsa kerana jarak rumah suspek dan mangsa ialah kira-kira 150 meter.
Beliau berkata mereka ditahan di rumah masing-masing di Kampung Gelam berhampiran Jalan Datuk Kumbar antara 5.30 petang dan 11 malam pada Rabu lepas, hasil maklumat awam.
"Seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah pecah rumah dan dadah," katanya.
Kedua-dua suspek yang menganggur ditahan reman bermula semalam hingga 22 Jan ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui di kawasan sawah Alor Senibong kira-kira 3.45 petang pada 30 Nov lepas manakala mayat adik-adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, Langgar kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat kakak mereka, pada keesokannya.
Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira 7.30 malam pada 29 Nov lepas untuk ke rumah seorang rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam, yang berdekatan dengan kampung mereka.
Namun, mereka tidak pulang ke ruma sehinggalah mayat mereka ditemui dalam keadaan menyayat hati.
Bernama
Fri Jan 17 2014
Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan
Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu.
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Dua kanak-kanak kritikal termakan makanan ringan ada racun tikus
Hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua beradik itu kini berada dalam keadaan kritikal.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
'Dengar suami, abang ipar nak tanam mayat', polis tahan 3 beradik
Tiga beradik ditahan untuk siasatan kes bunuh dan tanam mayat seorang lelaki di Sungai Choh di Rawang pada Sabtu.
Adik-beradik ditahan sedang asyik masak, proses dadah di Kampar
Dua adik-beradik lelaki yang sedang asyik memasak dan memproses dadah ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampar pada Isnin lepas.
Dua beradik guna pistol mainan samun kedai 24 jam dicekup
Kegiatan dua beradik yang aktif menyamun kedai serbaneka 24 jam di sekitar daerah Kuala Muda sejak tiga minggu lalu akhirnya kecundang apabila mereka dicekup polis.
Dua beradik maut dalam kemalangan di Tanjong Karang
Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikejarkan ke tempat kejadian.
Warga Myanmar dikhuatiri lemas dalam lombong terbiar di Kuala Kampar
Mereka tiba kira-kira jam 4.30 petang dan diminta pemilik kebun untuk melihat dahulu keadaan kebun sebelum memulakan kerja.
MCA 'kunci mulut' soal agihan kerusi PRU15
MCA mengunci mulut berhubung soal pengagihan kerusi bersama parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).
Raya terakhir buat dua beradik
Muhammad Amirul Kushairi Amirasid, 21, dan Nurul Atikah Amirasid, 19, maut dalam kemalangan jalan raya ketika hendak pergi membeli Al-Quran.
Calon PRU14 dengan ikatan keluarga: Siapa dan di mana mereka?
Untuk Pilihan Raya Umum ke-14 ini, beberapa calon mempunyai ikatan keluarga, dari bapa dan anak hinggalah adik beradik.