Keriangan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun bermain di halaman rumahnya berakhir dengan tragedi apabila tempurung kepalanya pecah akibat dilanggar sebuah motosikal di Jalan Tok Ketua, Kampung Tengku Hussein Lama,Manjoi di sini pada petang Selasa.
Dalam kejadian itu, Faridah Mohd Fairuz,4, difahamkan sedang melintas jalan sebelum dilanggar sebuah motosikal yang tidak sempat mengelak kanak-kanak tersebut.
Bapa saudaranya, Raimee Jahya berkata anak saudaranya itu sering bermain di kawasan perumahan pada waktu petang namun beliau tidak menyangka nasib sebegitu akan menimpa Faridah pada hari tersebut.
"Tempurung kepala Faridah pecah dan tulang tengkoraknya menusuk bahagian otak akibat impak pelanggaran tersebut.
"Ketika kejadian, penunggang motosikal itu turut menangis dan berasa amat kesal sementara orang awam membantu untuk membawa anak saudara saya ke hospital," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurutnya, Faridah kini sedang mendapatkan rawatan dan ditempatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh bagi pemeriksaan susulan.
Raimee berkata, jalan di perkampungan Manjoi itu merupakan jalan utama bagi kebanyakan penduduk setempat dan ia agak sempit sejak dibangunkan pada tahun 2006.
Dia berharap projek yang ditinggalkan sejak 10 tahun lepas ini dapat diperbaiki segera agar tidak ada lagi kecelakaan seumpama ini berlaku.
"Ibu bapa Faridah masih dalam keadaan trauma dan tidak dapat mempercayai apa yang berlaku kepada anak mereka. Buat masa ini mereka masih cuba bertenang.
"Saya mengharapkan doa orang ramai agar mendoakan anak saudara saya yang masih kecil ini, supaya cepat sembuh dan moga keadaannya tidak bertambah teruk," ujarnya sebak.
Nazialita Geynna Maharan
Tue May 24 2016
Beginilah keadaan kanak-kanak malang dengan keadaan tempurung kepalanya yang pecah. - Foto Astro AWANI
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
Tragedi Syawal, pelajar maut dilanggar motosikal ketika melintas jalan
Sebaik tiba di tempat kejadian, penunggang motosikal tidak sempat membrek lalu melanggar mangsa yang cuba melintas jalan.
Ibu terlantar separa koma selepas dilanggar, anak nekad korbankan masa depan berhenti kerja
Seorang anak berkorban masa depan dan berhenti kerja bagi menjaga ibu yang terlantar akibat kemalangan, sejak lima tahun lalu.
Warga emas lintas jalan maut dilanggar motosikal
Zahari dikatakan baru keluar dari sebuah kedai makan yang terletak di hadapan lokasi kejadian.
Tempurung kepala kanak-kanak 4 tahun pecah dilanggar motosikal
Tempurung kepala kanak-kanak pecah dan tulang tengkoraknya itu menusuk bahagian otak akibat impak pelanggaran tersebut.