SHAH ALAM: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tampil menjelaskan laporan berkaitan tempoh sah laku Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam selama 10 tahun bermula Oktober depan sebenarnya masih di peringkat cadangan dan pertimbangan untuk dilaksanakan.
Jakim dalam satu kenyataan berkata, perkara tersebut telah dibincangkan oleh pihaknya bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan dibangkitkan bagi memastikan pelaksanaan Modul Kursus Pra Perkahwinan Islam yang lebih relevan serta berkesan kepada bakal pengantin.
“Jakim akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini apabila ia dimuktamadkan bersama pihak berkuasa agama negeri kelak,” katanya pada Jumaat.
Media pada Rabu melaporkan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, tempoh sah laku sijil Kursus Pra Perkahwinan Berasaskan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBPKI) bagi tujuan permohonan kebenaran berkahwin jabatan agama itu tidak melebihi tempoh 10 tahun.
Jelasnya, Ia bagi pemohon berstatus teruna atau dara sebagaimana diputuskan dalam Mesyuarat Persidangan Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam (KPNCR) Seluruh Malaysia Kali Ke-2/2023 pada 22 Februari lalu.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 01 2023

Jakim akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini apabila ia dimuktamadkan bersama pihak berkuasa agama negeri kelak.- Gambar hiasan/Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Tempoh sah laku sijil kursus kahwin masih di peringkat cadangan - Jakim
Jakim tampil menjelaskan laporan berkaitan tempoh sah laku Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam selama 10 tahun bermula Oktober depan sebenarnya masih di peringkat cadangan dan pertimbangan.