KUALA LUMPUR: Kerajaan melanjutkan lagi tempoh pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sehingga 31 Mei ini, dengan syarat insurans kenderaan masih berkuat kuasa.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, keputusan itu dibuat susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Beliau bagaimanapun menjelaskan, pemandu perlu menunjukkan salinan perlindungan insurans dan sijil perlindungan sah ketika pemeriksaan polis.
"Jika LMM atau LKM yang tamat tempoh bagi pengecualian pertama (1 Februari hingga 31 Mac 2021) hendaklah memperbaharui LM dan LKM masing-masing dalam tempoh 60 hari seperti yang dinyatakan, iaitu bermula 1 April sehingga 31 Mei 2021.
"Sekiranya gagal melakukannya, ia akan menjadi satu kesalahan dan tindakan boleh dikenakan," katanya dalam hantaran yang dikongsi di Facebook beliau pada Jumaat.
Sebelum ini, kerajaan menetapkan tarikh pembaharuan lesen masing-masing sehingga 1 April ini kepada mereka yang tidak dapat berbuat demikian pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak berlaku kesesakan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta memastikan usaha kerajaan memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 dapat berjalan dengan baik.
Pun begitu, beliau memaklumkan pengecualian itu tidak diberikan kepada pemilik kenderaan perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV) kerana perkhidmatan pembaharuan yang berkaitan mereka dibenarkan di bawah jadual perkhidmatan perlu.
"Pembaharuan untuk perkhidmatan ini boleh dilakukan di semua kaunter atau pejabat JPJ, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak sepanjang tempoh ini.
"Pada masa yang sama, semua Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) beroperasi tujuan menyediakan perkhidmatan berkaitan pembaharuan ini," katanya.
Sehubungan itu, Ka Siong menasihati orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Umavathi Ramayah
Fri Mar 26 2021
![Tempoh pembaharuan lesen memandu dilanjutkan lagi sehingga 31 Mei Tempoh pembaharuan lesen memandu dilanjutkan lagi sehingga 31 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-06/81529647621_LesenMemandu.jpg)
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menjelaskan, bagaimanapun pemandu perlu menunjukkan salinan perlindungan insurans dan sijil perlindungan sah ketika pemeriksaan polis. - Gambar hiasan/BERNAMA
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719891692_TBWEEKASIONGJB.jpg)
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
![SJKC Poay Chai di Taman Bukit Indah beroperasi 23 Jun SJKC Poay Chai di Taman Bukit Indah beroperasi 23 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717834379_WeeKaSiong.jpg)
SJKC Poay Chai di Taman Bukit Indah beroperasi 23 Jun
SJKC Poay Chai di Singkir, Kedah yang dipindahkan ke lokasi baharu di Taman Bukit Indah, dijangka beroperasi pada 23 Jun ini.
![Sistem e-Invois: LHDN jawab dakwaan Ka Siong Sistem e-Invois: LHDN jawab dakwaan Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707985816_TBLHDN.jpg)
Sistem e-Invois: LHDN jawab dakwaan Ka Siong
Dalam tempoh setahun sebelum pelaksanaan penuh e-Invois, LHDN akan adakan program dan sesi libat urus bagi tujuan kesedaran dan pendidikan.
![GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709981452_GSTlebihbaik.jpg)
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
![Ketua Wanita MCA pertama meninggal dunia Ketua Wanita MCA pertama meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703774588_RosemaryChowPohKh.jpg)
Ketua Wanita MCA pertama meninggal dunia
Ketua Wanita MCA pertama Tan Sri Rosemary Chow Poh Kheng, meninggal dunia hari ini.
![Chua Jui Meng sentiasa prihatin kesihatan rakyat - Wee Ka Siong Chua Jui Meng sentiasa prihatin kesihatan rakyat - Wee Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701621852_TBChuaJuiMeng.jpg)
Chua Jui Meng sentiasa prihatin kesihatan rakyat - Wee Ka Siong
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng sentiasa prihatin tentang kesihatan rakyat, kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
![Orang Kemaman untung, beli satu percuma satu - Presiden MCA Orang Kemaman untung, beli satu percuma satu - Presiden MCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701043615_TBWeeKaSiong.jpg)
Orang Kemaman untung, beli satu percuma satu - Presiden MCA
Strategi itu disifatkannya bijak kerana undi kepada BN tidak akan menggugat kedudukan MB, serta tidak menumbangkan kerajaan negeri.
![Lebih 3,000 ahli CRSM siap sedia hadapi banjir - Wee Lebih 3,000 ahli CRSM siap sedia hadapi banjir - Wee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700401748_TBCRSM.jpg)
Lebih 3,000 ahli CRSM siap sedia hadapi banjir - Wee
Lebih 3,000 ahli dan sukarelawan Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) akan diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi berdepan sebarang kemungkinan banjir di seluruh negara.
![Pemuda, Wanita MCA jelajah seluruh negara dekati belia Pemuda, Wanita MCA jelajah seluruh negara dekati belia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699608723_TBWEEKASIONGJB.jpg)
Pemuda, Wanita MCA jelajah seluruh negara dekati belia
Pemuda dan Wanita MCA akan menjelajah ke seluruh pelosok negara untuk mendekati dan menarik minat golongan belia sebagai satu daripada proses rejuvenasi parti.
![Adakah satu tiket penerbangan hanya boleh digunakan satu telefon bimbit? - Ka Siong Adakah satu tiket penerbangan hanya boleh digunakan satu telefon bimbit? - Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699223031_TBweekasioang.jpg)
Adakah satu tiket penerbangan hanya boleh digunakan satu telefon bimbit? - Ka Siong
Beliau berkongsi kisah seorang wanita cemas apabila bapanya tidak menaiki pesawat di lapangan terbang itu.