KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng sentiasa prihatin tentang kesihatan rakyat, kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
Wee yang mengenali Chua selama 30 tahun, menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang mempunyai karisma dan petah berucap berdasarkan fakta dan data yang jitu, serta mentor dalam politik pada tahun 90an.
"Ketika menjadi Menteri Kesihatan, Chua sentiasa prihatin tentang kesihatan rakyat dan boleh dikatakan setiap yang dirujuk kepada beliau, tentunya mendapat perhatian beliau sendiri.
"Saya masih ingat satu insiden berlaku pada April 2002, ketika itu saya belum lagi menjadi Ahli Parlimen. Anak perempuan saya Joan Wee dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk pembedahan segera, akibat daripada mengalami 'duodenal alcer'.
"Datuk Chua memahami saya dan isteri sebagai ibu bapa, beliau telah mendapatkan laporan pakar bedah dari semasa ke semasa, serta menyampaikan status terkini mengenai anak saya. Keluarga saya memang terhutang budi kepada beliau," katanya menerusi hantaran di laman di Facebook rasminya malam tadi.
Wee turut mengucapkan takziah kepada keluarga Chua atas pemergiannya petang tadi, akibat malasah jantung.
"Jasa dan pengorbanan Chua kepada negara adalah besar dan sentiasa diingati oleh rakyat. Sebelum memegang jawatan Menteri Kesihatan, beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan juga banyak membantu pengusaha Perusahaan Kecil dan Sedarhana (PKS) termasuk menubuhkan Persatuan SME Malaysia (SME Association of Malaysia)," katanya.
Beliau berkata walaupun Chua telah meninggalkan MCA selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008 dan menyertai PKR, akan tetapi persahabatan antara mereka tidak terputus sehingga sekarang.
Chua, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang pada Ahad pada 4.04 petang.
Sementara itu, menerusi hantaran di laman Facebook, beberapa menteri turut sama merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang dan mendoakan agar tabah menghadapi ujian ini.
"Beliau merupakan Menteri Kesihatan yang paling lama berkhidmat iaitu dari tahun 1995 hingga tahun 2004. Beliau juga merupakan mantan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor dari tahun 2010 hingga tahun 2013," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, turut mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga di atas pemergian mendiang.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Chua merupakan seorang yang baik, taat kepada tuhan dan menjaga keluarganya.
"Taziah kepada keluarga Datuk Chua Jui Meng, bekas menteri kesihatan Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023

Chua, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang pada Ahad pada 4.04 petang.

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas

Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.

Chua: Menteri Kesihatan yang berkesan, pejuang reformis kental - PM Anwar
Perdana Menteri berkata beliau sudah mengenali mendiang hampir 40 tahun, selepas Chua menjadi Ahli Parlimen dan semasa mendiang menjadi pemimpin MCA.

Chua Jui Meng sentiasa prihatin kesihatan rakyat - Wee Ka Siong
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng sentiasa prihatin tentang kesihatan rakyat, kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.

Chua Jui Meng banyak tabur bakti kepada negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng, yang meninggal dunia petang tadi.

Bekas Menteri Kesihatan Chua Jui Meng meninggal dunia pada usia 80 tahun
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang hari ini pada 4.04 petang.

Nak bertanding di Segamat? Silakan, ini negara demokrasi - Dr Subra
Datuk Seri Dr S. Subramaniam tiada masalah untuk berdepan sesiapa pun di kerusi Parlimen Segamat pada PRU14 nanti kerana ini negara demokrasi.